Puasa bukan alasan untuk kaum Hawa lepaskan tanggungjawab sebagai seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Penat dan sibuk macam mana pun, hal rumah tangga wajib berjalan 'laju' dan teratur seperti biasa.
Ada wanita, selagi rumah tidak terurus dan tersusun, perkataan R.E.H.A.T tidak pernah muncul dalam kepala. Ya, penat di pejabat belum habis, terus sambung kerja rumah. Sungguh 24 jam itu terasa padat, mencabar dan letih. Non-stop menjadi superwoman.
ikuti tip ini...
1. Sediakan bahan asas untuk seminggu
Ibu yang bekerja tidak punya banyak masa untuk memasak. Bagi mudahkan kerja-kerja memasak, kisar bahan-bahan asas seperti bawang, halia dan cili untuk kegunaan seminggu. Kalau mahu buat sarapan, buat menu yang pantas siap dan enak dimakan.
2. Jangan letak tempat beku
Pasti ibu sudah ada idea untuk masak, jadi alihkan lauk sejuk beku dari atas ke bawah sebelum bertolak ke tempat kerja. Balik kerja, terus boleh masak!
3. Bangun awal dan jangan tidur balik
Selalunya selepas sahur ada yang tidur balik. Seeloknya penuhkan masa anda selepas seawal pukul 5 pagi untuk tahajud dan memasak dan kemas rumah.
4. Minta suami bantu apa yang patut
Kejutkan suami supaya bangun awal dan minta bantu dalam membasuh, menjemur baju-baju yang sudah dipakai dan menggosok baju. Latih anak-anak seawal mungkin supaya mereka berjaya gosok baju dan lipat sendiri. Angkat baju setelah pulang kerja. Jika ibu bdisiplin, anak-anak pasti cepat terikut!
5. Fokus beli barang mudahkan kerja
Laburkan sedikit wang untuk dapatkan kemudahan terbaik bagi mengurus rumah. Sebagai contoh sediakan vakum, mesin pengisar bahan-bahan asas dan mesin basuh automatik. Kerja-kerja lebih pantas disiapkan. Ya, semua kerja boleh cepat siap walau anda seorang bekerjaya.
6. Ajar anak-anak aktiviti kemas rumah
Biasakan anak-anak mengemas bilik sendiri setiap hari seperti lipat kain selimut, betulkan cadar dan lipat kain.
7. Senaraikan 'APA PATUT BUAT'
Tiba saja di pejabat, segera tulis list-to-do yang mesti diselesaikan ikut prioriti pada hari tersebut.
Ini salah satu cara elak daripada bawa kerja ofis pulang ke rumah.
8. Rancang waktu hantar anak dengan adil
Jangan berat sebelah, bab ini anda kena rancang dengan suami siapa yang bakal hantar anak-anak ke sekolah atau rumah pengasuh ikut giliran sebelum keluar bekerja pukul 7.00 pagi.
9. Ketepikan phone
Apabila berada di rumah setelah habis waktu kerja, elakkan bermain handphone dan kurangkan panggilan telefon untuk kerja. Tiba masanya, fokus melayan keluarga di rumah dan luangkan masa melihat anak-anak menyiapkan kerja sekolah.
10. Bahagi masa kalau kerja shift
Jika ada ibu yang bekerja shif, memang merungsingkan. Ini bermakna anak-anak perlu ditinggalkan tidak tentu masa. Malah ada kalanya kita perlu kerja hingga lewat malam atau seminggu penuh tanpa hari cuti. Aturkan masa dan berkomunikasi dengan suami. Bertolak ansur.
Banyak macam mana pun kerja, jangan lupa rehatkan badan. Wanita memang luar biasa dan itu satu anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan. Jangan lupa untuk beribadat dan banyakkan doa, mohon bantuanNYA untuk selesaikan rutin harian yang mencabar setiap hari.