Friday, February 28, 2014

keMBaLi LaGi!

Masih ngtkah sticker yg bsejarah ini. Waahhh... Mule mngimbau knangan sewaktu duk kat PTG dolu... Jengggg...

hoW 2 Be a Gud boZZ?!


Thursday, February 27, 2014

oDit puSat daTa

Ari nie giliran oditer masuk ke pusat data plok. Welkem yer! Ahaksssss... (en ameer maroh nie amik gmbo lam pst data!).
tgk ler sape yg dtg mengodit tu... ahaksssss!!!! kawan lame derrr... 
dgr penjelasan n bertanye mcm2 soklan... nasib baik ler ader otai blake ari nier... alhamdulillah! great jobs everibodi... 
ngh fikir jawapan utk oditer neh... 

Wednesday, February 26, 2014

meNdidiK aNak ~ dR FaDziLLAh kaMsaH

Di dalam mendidik anak-anak, berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibubapa dalam menghasilkan zuriat yang cemerlang. Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza-beza sifat dan perangainya. Oleh yang demikian, apa yang dipraktikkan untuk anak sulung tidak akan sama dengan apa yang dipraktikkan untuk anak bongsu. 

Menurut Dr. Fadzillah Kamsah, kemahiran dalam mendidik anak-anak adalah berlainan antara ibubapa. Ini kerana ilmu keibubapaan merupakan ilmu yang tiada sukatan pelajaran. Ianya merupakan salah satu ilmu kemahiran yang patut dimiliki oleh ibubapa seperti ilmu kewangan, ilmu rumahtangga atau ilmu keagamaan.

Namun demikian, Dr. Fadzillah ada menggariskan tujuh kaedah dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dalam hidup.

1. Kaedah pesanan dan arahan

Kaedah ini merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Selepas itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka. Apakah dengan sekali pesanan atau arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah pesanan dan arahan itu dapat diikuti. Sudah pastinya ibubapa hendaklah memberi arahan dan pesanan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

  • Mengenai solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua
  • Adab dengan guru
  • Adab dengan kawan-kawan
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
  • Cara belajar yang berkesan
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik

2. Kaedah bercerita

Kaedah bercerita boleh menguatkan lagi hubungan anak-anak dengan ibu bapa. Ibubapa boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah supaya anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, Selain daripada itu, ianya dapat mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang diceritakan dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah soal jawab 

Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoaljawab dengan anak dapat menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh anak-anak. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk kenangan lalu

Kaedah ini bermaksud samada kenangan suka duka, pahit manis yang di perolehi sepanjang kehidupan ini. Pengalaman yang positif diambil sebagai teladan, manakala pengalaman yang negatif pula dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat supaya ianya lebih mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan. Sekiranya mesej yang ingin disampaikan itu dapat difahami maka mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Selain itu pengalaman dari anak-anak itu sendiri juga penting. Ibubapa boleh mengaitkan apa pengajaran dan mengapa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau teladan dari peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Kaedah ini tidak boleh dilakukan setiap hari atau masa untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan pada anak-anak. Nasihat dan teguran kepada anak-anak hendaklah diberi dalam hal yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan yang mana pesanan dan arahan perlu dibuat setiap hari. 

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Pelakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan semua ibubapa dan semoga anak-anak yang dididik menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah...

http://noraziramohamed.blogspot.com/2013/04/
tujuh-kaedah-mendidik-anak-cemerlang-dr.html

Monday, February 24, 2014

tiDuR aNak yanG cuKuP


Sekarang ini manusia semakin kurang tidur. Kesibukan melampau
menyebabkan manusia tidak ada masa yang cukup untuk tidur.
Tidur adalah antara elemen yang penting dalam kehidupan kerana
ia akan memberi kesegaran kepada minda dan fizikal kita.

Oleh itu, ajari anak untuk mendapat tidur yang cukup supaya
mereka akan membesar dalam keadaan yang segar. Tidur yang cukup
juga mengajar anak untuk lebih berdisiplin dalam kehidupan.

Masa tidur anda juga penting kerana tidur yang cukup akan
menjadikan kita segar dan sudah tentu akan menjadikan kita sebagai ibu bapa
yang lebih baik.

Masa tidur untuk anak-anak adalah berbeza mengikut umur mereka.

Berikut adalah panduan masa tidur yang anda perlu ketahui:

Usia setahun – tidur 10 – 16 jam sehari.
1 hingga 3 tahun – tidur  10 – 13 jam sehari.
4 hingga 6 tahun – tidur yang cukup dari 10 hingga 12 jam sehari.
7 hingga 9 tahun – tidur yang cukup 10 jam sehari.
10 hingga 12 tahun – tidur yang cukup 9 jam sehari.

Remaja – Memerlukan tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam sehari.

Masa untuk tidur pada setiap malam adalah ideal 8 jam sehari.
Selebihnya anda perlu bagi ruang untuk anak tidur pada waktu petang.
Ajar anak untuk tidur pada waktu yang betul. Waktu untuk tidur
bergantung pada pukul berapa anda mahu mereka bangun.

Temani anak ketika mereka hendak tidur. Kadang-kadang mereka
tidak mengantuk dan memerlukan ransangan untuk tidur. 
Bagi anak kecil, temani ketika dia hendak tidur. 
Bagi remaja, jika mereka rasa tidak mengantuk, mungkin anda boleh menyuruh mereka untuk membaca sesuatu sebelum tidur.



http://www.didikanak.com/

oDit isMs staRts 2daY

Yeaaahhhhh... Kembangkan kotak pmikiran n luangkan masa seminggu nie utk bergelumang ngn odit isms... Ahaaaaaksssss!
mesy pembukaan. seme org muke siyes jer... nper erkkkk...?!
siyes blake ari nie.... 
org kuat! 
omey dop bozzz saya ari nie... ahakssssss!!! mnggu nie plok makan pagi tgh hari petang. hahhh... siap lerrrr! 

saMbut BfDay juGoK

dalam kead ngh sebok nk pindah sempat lagi selit @tviti smbut bsdei knk2 riang nie. Ahaaakssss!!! Lagi pun scra x lngsung nie gaks sempena kFaez yg da last day kat btm nie. Bakal bhijrah ke mahkamah syariah nnti(rase btul doh stetmen aku nie!). Sempat gak ler rai bfday bsama team btm. Walau bkn ler party luar biase, tpi ingatan nie yg perlu dibiasakan. Demi mnjga keharmonian persahabatan yg sedia tjalin. 
Tetiba lak ade kumbang sekor yg lupe disebut nama nye tas kek... Kih555!!!
glamer kejap ari nie sbb mnjadi perhatian, kannnn...
@tiviti memotong kek beseday... hpy bfday uolzssss... 

Tuesday, February 18, 2014

Sunday, February 16, 2014

eiRFan naK maKaN?

Wat bubur xmo! Eeiiiii... Cm ner nk beso nehhh? Try ler beli n suap hok nie. Klu xmo jgok nti mama beli domino's erkkkk...! Hah! Hmbekk nokk...

Saturday, February 15, 2014

LaWat tPk paHanG oPeN

Cdgn utk wat pgrm kat tc dijangka dilanjutkan hingga ke mlm hari. Tu psl kne g tgk pncahayaan dlu. Cheewaahhhh... Terbaekkk der! Nway aku xdpt ler nk join lelame cz hero aku nanges nk ssu. Nk xnk tpakse ler mninggalkan otai2 nie wat kje. Btw mmg ler bguz klu pgrm nie mnjadi. Da leh rase kemeriahan nye... In syaa Allah. Kmi bkl bkmpung kt cni 19-20 hb april nie...
nie sembang2 sambil tggu org lain tiba... btw aku mmg xleh stay lama... ahaaakssss!!!
org kuat kejohanan... otai2 ngh mesy kecil2 lan...

sBLm LwtN tPk

Sblm wat kje ngn rodong ntball kmi dnr dlu. Nie ant rest hok rmai org sokmo. Sjer ler bawak derang mkn kt cni. Nth ble last erkk mkn kt cni. Lupe ler plok dohhh...
nth brape lama ler lena nie... syyyhhhhhhh!
mee hun jer!

kMs daN kmS dLu

Mcm pernah tgk jer kan lori nehh... Mcm knl jer! Ahaakks... Maka bmule ler ksibukan wsrga btm ngemas opis. Krn pe yg dtakuti akhirnye bkl tjadi lagi. Argghhhhh... Pindah lagiiiii!!! 
sajer nk promote budok nerd nie... Ahaaksss! Tnjuk hero nie. Mntg2 ler hero x ramai kat opos nie. Pe lagiiiii... Romeo ler sgt! Lum tgk hok srg lagi plokkkk! 
siap keje aku mngkotak2 kann. Sape nok hambek lar...! x ckup jgn mare yer. Sape cpt dia dapat! 

Friday, February 14, 2014

teriMa watiKaH

Ade plok mjlis terima watikah pelantikan as pen ketua kelas. Perghhhhh... Kne semart n kemah sokmo ler jawab nye ank mma srg. Adeeessss... Da ler kne pakai kasut hitam. Hebak sekolah nie. Jenggg lar aku. Kah333... Gud start!
tme mama dlu xdop mjls watikah pom! (dengki ler tu...!) 

6 buLaN suDaaa

6 bulan da hero mama. Ari nie kne sejarum. Ahaaaaksss...!


Thursday, February 13, 2014

kJe tiL miDnTe

Setting vlan ngn tuan sifu. Perghhhh... X sangka lak til tgh mlm. Jeeennggg... Seharian duk luor umoh. X juper erfan pun. Dkt kul 2 pagi bru setel. Havocccc ngt... Sempat jgok belayor kjap! Ahaaaksss... Tuan sifu kan ade!
fenin... x juper solution...!

siap landing baekkkkk punyerrr... perghhhh! tough gler beb... ble da ngantuk seme lost! hrp kat ank2 buah jer ler erkkk! klu setel keje awal semlm rse2 leh lagi g melepak pekena teh tarik (cheewahhh... x hingat seharian x juper anak2 tu!).  

SmPn wat ruJuKaN

Selalu nye dop brpe nk amik pot psl no fon poliklinik beseroh nie. Hah! Hambek n simpan molek2...

keNaLI diRi as a paRenT

tips mengenai jenis-jenis ibu-bapa, mungkin kita boleh semak diri, kita sendiri berada di kategori yang mana satu.. :)



----------------------------
#1: Tidak peduli.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak peduli
dan tidak langsung memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka.
Asalkan mereka hidup, cukuplah. Ia memang banyak terjadi sekarang
dan sememangnya ibu bapa yang mempunyai sikap ini mempunyai anak
yang berperangai liar.



----------------------------
#2: Tegas
----------------------------
Ibu bapa di dalam kategori adalah sangat tegas dengan anak-anak mereka.
Mereka mempunyai set pantang-larang yang perlu diikuti oleh anak-anak
mereka. Semua anak-anak perlu mengikut perancangan yang diperuntukkan
oleh mereka. Mereka jarang bermanja dengan anak-anak mereka.



----------------------------
#3: Manja.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak terlalu
tegas kepada anak-anaknya. Anak-anak selalu di beri kebebasan untuk
melakukan apa sahaja yang mereka suka.



----------------------------
#4: Seimbang.
----------------------------
Ini adalah golongan ibu bapa yang ideal. Mereka tidak terlalu garang
dan juga tidak terlalu memberi ruang kepada anak-anak.
Kebanyakan manusia genius di dunia membesar dengan keluarga sebegini.
Ibu bapa dalam golongan ini sangat memahami apa yang anak mereka mahukan.
Keluarga mereka adalah keluarga bahagia.


~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~

Kadang-kadang kita terlalu terikut-ikut dengan gaya ibu bapa kita
semasa kecil. Kita juga terlalu terikut-ikut dengan keadaan sekeliling.
Namun, semuanya bergantung kepada kita. Anak akan jadi yang terbaik,
jika didikan kita betul.



Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.


DidikAnak.com

Wednesday, February 12, 2014

aJari aNak kerJAkaN soLat

gud to share :- 

Benarlah kata orang-orang tua kita, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya...”. Anak-anak, perlulah kita mendidik mereka sejak dari kecil lagi, bahkan sesetengah orang mula mendidik anak sejak dari dalam kandungan lagi.
Tanggungjawab ini memang sesuatu yang sangat besar bagi kita ibu bapa apabila mempunyai anak, terutamanya apabila berkaitan dengan soal ibadat seperti solat.

Bagaimana kita boleh mendidik anak kecil solat?

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda:
Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka
Memang menjadi cabaran buat kita untuk mendidik anak kecil solat pada waktu sekarang kerana banyak godaan lain yang lebih menarik perhatian mereka seperti Televisyen dan Ipad.
Tapi kita sebagai ibubapa tidak boleh berputus asa dalam memastikan anak kita untuk mula solat sejak dari kecil. Anak-anak kecil hati mereka masih lembut lagi dan masih senang untuk membentuk mereka menjadi muslim yang taat.
Namun kaedah mendidik anak kecil solat ini haruslah mempunyai perancangan dan dilaksanakan secara bertahap. 
1. Contoh dari Ibu Bapa
Ibu bapa adalah insan terdekat dengan anak sejak dilahirkan. Oleh itu ibu bapalah sebagai model terbaik kepada anak-anak untuk memulakan sesuatu perkara. Ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak rajin bersolat.  Sebaliknya ibu bapa yang liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah yang sama.
Lakukanlah di tempat terbuka yang anak mereka dapat menyaksikan perbuatan kedua-dua ibu bapanya. Jika sejak kecil mereka melihat ibu bapa mereka sentiasa melakukan solat, In sya-Allah jiwa anak kecil ini akan mudah tertarik dan menuju ke arah melakukan ketaatan bersolat yang menjadi tiang agama.
Jika anak-anak bermain-main semasa kita solat, janganlah dimarahi. 
Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
Jangan sesekali berkata kepada anak : “Pergi main jauh-jauh,  ayah nak solat.” Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.
2. Solat secara berjemaah
Ikhtiarkan supaya dapat bersolat secara berjemaah bersama-sama sekurang-kurangnya satu waktu sehari. Boleh juga membawa anak-anak  ke surau atau masjid bermula dari mereka masih kecil supaya mereka terbiasa dengan suasana beribadah. Pupuk rasa cintakan pada masjid dan majlis-majlis ilmu disana.
Jika berjemaah di rumah, selepas solat, zikir dan doa, ambillah masa lima minit untuk berikan tazkirah pendek pada anak-anak tentang agamanya. Ingatkan mereka tentang kewajipan solat dan ancaman dosa. Nyatakan harapan anda supaya mereka menjaga solat,  secara lemah lembut dan berhikmah.
3. Belikan pakaian solat kepada anak kecil
Sediakan tudung kecil yang cantik untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya “Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat.”
Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung atau songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat.
4. Menghargai dan memberi Pujian selepas mereka solat
Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mengikut kita solat bersama-sama. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun.
Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : ”Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!”
5. Paling Penting, ISTIQAMAH!
Inilah perkara yang paling penting dalam mendidik anak kecil supaya mula bersolat, iaitu ibu bapa itu sendiri perlu ISTIQAMAH. Kadang-kadang kita berasa penat untuk mengajak anak supaya bersiap dan solat bersama-sama, terutamanya anak kecil yang nakal dan sukar dikawal.
Jangan mudah mengalah! Diam sebentar, tarik nafas dan tekadkan hati untuk kembali mengajak anak bersolat. Anggap sahaja ini satu jihad untuk agama. In syaa Allah, usaha kita tidak akan sia-sia.
Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat. Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat. Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakan kepadanya "ibu sakit perut". Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat... Haru dibuatnya!
Penutup:
Amalkan doa dari ayat 40 Surah Ibrahim yang bermaksud ;
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian jugalah zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak.
http://tudungsicomel.com/mendidik-anak-kecil-solat/

doA nyaH seL kanSEr


DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. In sya Allah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. 

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Disarankan juga mengamalkan pemakanan tambahan seperti Fibre Plus dan Propolis active juga untuk membantu masalah Kanser.... 

inGat 3 peRkaRa

in syaa Allah... moga diberi kesempatan dan dipermudahkan segala2-gala nya... amiinnnnnn! 

Tuesday, February 11, 2014

tiPs sGt berGunA

keep brown sugar soft by storing wit a couple of mashmellowssss

'jemur' kasut bebaik... bijok gok erkkkk... kasut sch ank bnyk gok nehhh! 
ank dare ramai kannn... leh praktik kan le gni. tu pun kalu derang guna amat pin rambut gni. rambut pun x brape nak ade beb... ahaksssssss! 
da lme x mkn tic tac neh... bergune jugok ler rupe nyer erkkkkk
nti leh ler qsya tolong tadah guna 'post-it note' kann... 
boil orange peel n cloves to get rid of unpleasant smellsssss... espesel ly kat dapo ler erkkkk! xkan nk letak pwangi hehari kan... "ehh! masuk dapo hehari ke?!"
nie plg aku suke... agak2 leh try dop blk umoh nanti erkkk?! 
nko nk wat kue ke?! 
bijokkkkkk arghhhhh!
abis tu bnyk ler kne stndby epal sokmo2 erkkkk... ahaksssssss
menarik gak nier. kne camput ngn baking soda so senang nk kupas dehhh
klu wat 5S jadik dop ke gni?! 
bilik anak sape ade mural cantekkkkk nehh?! 
amacammmmm...?!
SERIOUSLY need to do this! Wash towels in 1 Cup of vinegar on hot, then again with 1/2 cup of baking soda on hot. pulled them out of the washer to move to the dryer and my towels smell 10 times better. Apparently never realize how musty and gross my towels were smelling!
senang dehhhhh! 
kalu tanye mok esoh kompem ader lagi petua lain kan... kih333... x yah guna hair spray pun. dop gituuu?! 


Easily Peel A Potato With No Hands

Peeling a potato can get pretty annoying. However, there’s an easy solution. After you boil a potato, put it into cold water for 5 seconds. Remove and twist the potato skin with your hands - the skin will fall right off!
selama nie buang jer pun. so, lps nier kne kabo kat qsya xleh wat main hello2 doh ler kan... mma nk guna! 
cut thru sandpaper... leh tajamkan gunting kan
waaaahhhhh... kalu lar aku mampu! sedakkk ler kalu ade ruang yg chantekkk gni kan...
ishhhhh... ank mma mmg suka main pasir kan?! naseb baek ade bedak bby chomey nie...
pisahkan sket2 so nti leh tahan lama sket
'satukan' dlu ngn kertas srt kabor. nti no bau2 da... hahahahahaaaa....
nie leh jer nk implement nier. ppa kan selalu beli air twister oren tu. guaner bozzzzzz...?! terbaekkkk ar. mudah. simple n ez jer kan... 
sesuai agk2 nye klu nk ilang kotoran kat bju korporat papa neh?! kena beli kapur putih ler plok. ader jual lagi ke kapur gni erkkk... ngt kan juper tme sek jer! 
ngtkan mak aku sajer jer letak senduk nier tme wap/buih tu nk melimpah. rupe nya ade guna gok erkkk... makna kata org2 lame lagi bijok ler. cuma x tersurat n terpena jer kan?! mmg kompem buih tu x kluor pnyer... 
chomey ler lemari baju aku lps nier...
http://www.mamapeduli.info/2013/12/101-tips-membuat-kerja-rumah-lebih-mudah.html