Wednesday, June 15, 2016

keK cOKLat pUdinG kaRaMeL


bahan- bahan untuk penyediaan karamel
STEP 1: 
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang
STEP 2: 
Buka api perlahan dan buat gula hangus

STEP 3: 

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
5 biji telur

STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Make sure jangan sampai berbuih! (x pasti kenapa xleh sampai berbuaih tu).
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

STEP 5:
Kukus selama 15 minit.

untuk wat kek coklat moist plop : 

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak


CARA PENYEDIAAN

Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B: 
3/4 cawan bleukey (tepung kek naik sendiri)
1 sudu kecil soda bikarbonat
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend

CARA PENYEDIAAN

Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus 40 minit sehingga masak. 

Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.

Sedia untuk dimakan! 


By Siti Fatimah Habib Mujahidin