PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Menghidupkan Malam Ramadan Menjadi Penghapus Dosa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairahkatanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menegakkan Ramadhan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dll) kerana iman dan penuh keikhlasan, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" HR Bukhari No: 36
Pengajaran:
1. Menegakkan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan malam hari dengan solat sunat tarawih, solat witir, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.
2. Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah Ta’ala. Kita tidak merasa berat melaksanakan amal. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.
3. Semoga ibadat qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi instrumen menghapuskan dosa-dosa yang lalu