Thursday, June 23, 2016

maiN maSak2 jeR


sUP iKan mUdaH
Tumis 2 ulas bwg putih + 1 bji beg merah+ lada hitam+ halis
Masukkan semangkuk air
Dah mendidih masuk ikan dan perasakan dgn garam
Potong cili dan daun sup


TELUR KUKUS
1) Segenggam brokoli
2) 2 biji telur
3) Segenggam bunga kobis
4) 1/2 biji bawang besar
5) 1 keping cheese ( taknak letak pun boleh )
6) Sedikit garam/lada sulah ( sebagai perasa )

1) Masukkan semua dan kukus lebih kurang 15 minit atau hingga nampak masak
2) Siap untuk dimakan


cUcUR aYam mUdaH
- 1 dada ayam blender, ketepikan. 
(xyah tambah air langsung. basuh ayam... potong kecik2... terus blender kejap)
- pastu masukkan isi ayam blend dlm mangkuk tambah garam secubit, cili api potong halus
2 bijik bwg kcil, daun sup, lada sulah, sikit serbuk oregano 
**kalau ada lg sedap..bau mcm pizza.ok settle

bila nak goreng celup dalam telor.. deep fry..huhu.. goreng smpai kuning.. siappp


Telur hancUR  ngAn uDaNg
1. panaskan minyak
2. masukkan udang smpai separuh masak
3. pecahkan 2 biji telur
4. biarkan seminit 2 pastu kacau2
5. garam secubit
6. potong setengah ulas bawang putih
7. goreng smpai masak
(nak pedas tambah cili api potong)

**udang tu nk ganti ayam potong kecik pun boleh... letak sikit je 4 5 ketui bg rasa sedap

'nasi' goreNg
1) Bunga kobis ( sukahati kita banyak mana )
2) 1/2 batang cili merah/cili padi
3) 1 biji bawang merah
4) 4 ulas bawang putih
5) 1 biji telur
6) Sedikit ayam ( tak letak pun boleh )
7) Sedikit garam
8) Sedikit butter

1) Bunga kobis dicincang halus ( ikut suka )
2) Bawang, ayam & cili dipotong ikut kesesuaian
3) Tumiskan bahan (2) terlebih dahulu menggunakan sedikit butter
4) Kemudian masukkan bunga kobis ( anggap itu nasi )
5) Masukkan sedikit garam
6) Pecahkan telur ( boleh buat telur mata juga )
beBOLa ayaM siMpLe
1) 2 keping isi ayam 
2) Sedikit daun sup
3) Sedikit serbuk lada hitam
4) Sedikit garam
5) Sebiji telur

1) Ayam direbus terlebih dahulu & carikkan atau cincang halus
2) Daun sup dipotong halus. Masukkan ke dalam ayam & masukkan sekali lada hitam, garam dan kuning telur
3) Gaul bagi sebati
4) Bulatkan atau bentukkan dan letak dalam bekas ( jangan tindih )
5) Masukkan dalam peti ais untuk keraskan dahulu ( 2 jam ke atas sebaiknya )
6) Untuk goreng, celup terlebih dahulu dalam kuning telur dan gorengkan hingga nampak garing
teLUr bUnGKus cHeeSe
1) 2 biji telur
2) 1 batang sosej ayam
3) 3 ekor udang dibuang kulit
4) 1/2 batang sederi dipotong kecil
5) Sedikit serbuk lada original ( sendiri blend )
6) Sedikit garam ( taknak pun boleh )
7) 1/2 bawang besar
8) 1 keping cheese ( 2 pun boleh )

1) Potong semua bahan ikut kesesuaian
2) Telur dipukul & letak garam kemudian masukkan dalam kuali ( leperkan sendiri )
3) Nampak garing sedikit telur, masukkan kesemua bahan tadi yang telah dipotong
4) Tabur serbuk lada
5) Lipatkan telur tadi & masukkan keratan cheese di bahagian tengah ( letak atas boleh juga )
6) Nampak cheese mencair, angkat & boleh makan
aYam n sOSeJ gRiLd siMpLe
1) Isi ayam yang dipotong ikut saiz yang kita nak
2) 4 ulas bawang putih
3) Lada hitam
4) Sedikit garam
5) 2 batang sosej
6) Sedikit butter

1) Bawang & lada hitam ditumbuk
2) Gaul dengan ayam & masukkan garam
3) Perapkan  4 jam ke atas ( simpan dalam peti sejuk )
4) Cara perap sosej pun sama, guna bahan di atas
5) Grill dengan cara letak butter sedikit sahaja ( aku guna kuali biasa main letak-letak )
LempeNg teLur berSantaN
1) 2 biji telur
2) 150 ml santan kotak ( jenama Kara rendah carb )
3) Sedikit garam
4) Sedikit esen vanilla
5) 2 paket equal ( pengganti gula ) 

* Gula tak letak pun takpe sebab dah sedap

1) Kacau semua bahan hingga sebati
2) Gunakan kuali non stick
3) Dadarkan ikut bentuk
Hasil carian imej untuk lempeng telur
cHeeSe caKe mUdaH
1) 250 gram cream cheese
2) 1 kotak kecil whipping cream
3) Sedikit stevia ( ikut kemanisan )
4) 100 ml air
5) Sedikit agar-agar

Boleh juga perah sedikit lemon

Cara-cara

1) Putar cream cheese & whipping cream hingga kental/sebati
2) Masukkan stevia ikut kemanisan yang dikehendaki & ketepikan
3) Panaskan air & masukkan agar-agar. Kacau hingga agar-agar cair.
4) Apabila agar-agar cair, satukan dengan adunan tadi. Kacau hingga sebati.
5) Masukkan dalam bekas
6) Boleh layerkan dengan jem 0 sugar, 0 fat ( ikut suka hati korang )
Hasil carian imej untuk cheese cake
siaKap rebUs haLia
1) 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
2) Air ( ikut suka banyak mana )
3) Sedikit cili merah
4) Sedikit bunga kobis
5) Sedikit lada benggala
6) Garam secukup rasa
7) Sedikit tomato
8) Sedikit sos tiram ( sebagai perasa ) - untuk induction elakkan
9) Sedikit halia

* Boleh juga gantikan dengan ikan lain/ayam/udang

1) Masukkan semua bahan & tunggu hingga masak. 

* Boleh tambah bahan lain. Ikut selera masing-masing
LasaGNa simPLe
1) Satu biji bawang
2) 1 batang cili padi ( untuk pedas )
3) Daging dicincang/blend ( boleh guna daging jenama ramly 2 keping = 12 carb )
4) Sayuran hijau ( tak kisah apa pun ) - lagi banyak lagi bagus
5) Sedikit garam
6) Sedikit lada hitam ( jika nak )
7) Beberapa keping cheese ( guna cheese jenis blok sebab carb jauh lebih rendah )

1) Tumis semua bahan kecuali cheese
2) Masukkan sedikit bahan ditumis ke dalam bekas, lapiskan dengan kepingan cheese. Kemudian masukkan bahan ditumis hingga habis & lapiskan di atas dengan cheese.
3) Bakar 10 minit dengan suhu 150'c ( bergantung pada oven masing-masing )
Hasil carian imej untuk lasagna