Monday, June 6, 2016

10 peRkaRa pD raMadHaN

JANGAN TINGGAL 10 PERKARA DALAM RAMADHAN

1. Niat. Berniatlah utk berpuasa kerana Allah mengharap keredhaanNya. Bukan tunjuk2 kat orang. Niat setiap malam Ramadhan krn ia memperbaharui tujuan sebenar kita berpuasa. Lillah. Baca lafaz niat ke tidak..yg penting kita niat.

2. Sahur. Jangan lupa bersahur sebab ia penuh berkat. Lewatkan di akhir malam sebelum Fajar Subuh. Jangan makan kalau dah azan subuh. Mula2 bangun ingat Allah dulu pastu selawat atas Nabi then baru pk nak makan apa.

3. Baca Quran. Berazamlah khatam Quran 30 juz Ramadhan kali ini. Sekali pun xpe. Baca molek usah laju2. Lps subuh baca Quran jgn baca fesbuk.

4. Solat 5 waktu. Berjemaahlah. Surau masjid banyak. Kat rumah dan ofis pun boleh. Time wuduk jangan minum air.

5. Terawih. Jangan tinggal sekali pun. Kalau terlepas di masjid blh solat kat rumah. Ajak anak2. 8 ke 20 ke 200 ke tak kisahlah yg penting buat. Usah gaduh2 nanti muka cepat kedut.

6. Cari Ilmu. Tambahkan ilmu agama setiap hari. Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jgn ngaji kitab Wahabi/Syiah. Khatamkan 1 kitab pun ok. Dgr tazkirah tu catat. Kita ni melayu mudah lupa.

7. Berbuka. Banyakkan doa tika berbuka puasa. Confirmkan maghrib dah masuk baru makan. Makan tamar dulu. Kalau xde air dulu. Makan ala kadar pelan2 makanan tu tak lari x habis sbb byk org buang jek.

8. Bagi orang makan. Orang susah..Fakir miskin..Anak yatim.. anak sendiri jgn lupa bg makan yg halal. Biar sedikit asalkan berkat.

9. Ziarah. Eratkan silaturrahim. Caling kenalan2 lama jgn lupa kaum kerabat. Mak Ayah nom 1 takde mrk takdelah kita. Kubur jgn lupa. Ziarah ia ingatkan mati.

10. Sabar. Laksana semua ibadah dgn sabar&tabah. Ingat kita tak hidup lama. Mati bila2. Jaga mulut. Kalau dihina katakan Saya Berpuasa. Jangan balas. Sila Sabar...