Friday, November 27, 2015

peSaNan aGuNgkaN aLQ

Ustaz Dusuki @ikim.fm
Hasil carian imej untuk alquran
~ Jgn sekali kali tinggalkan Al-Quran...
Nie cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.
Rumah yg dibacakan al quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.
~ Jika mati orang yg suka baca Al Quran , cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit  malaikat-malaikat akan tahu, ... mati sudah si pembaca al Quran ini, mari kita solatkan rohnya.
~ Di dlm kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayatnya.
Al-Quran akan duduk didada kita selepas kita selesai dimandi dikafankan n terus menemani kita di dlm kubur.
Hasil carian imej untuk alquran
JANGAN tinggalkan al quran.
JANGAN tinggalkan al quran.

~ Azab kubur bermula ketika mayat tak dpt menjawab soalan-soalan malaikat.
Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari. Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak-anak yg soleh supaya hari-hari kita indah di dlm kubur.
~ Masa mayat tu duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah... "

Pesanan terakhir Ustaz , sebelum mati tolong pastikan sekurang kurangnya ada Surah Al Mulk dlm dada kita. InsyaAllah. Amin

Celakalah org yg tak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah saw.
Dlm kubur Al quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yg dulu kamu baca dgn suara yg lantang n mendayu.
Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.
Lps tu baru Al-Quran akan lepaskan mayat kpd 2 malaikat yg akan menyoal.
Jgn lupa berselawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa... 
Hasil carian imej untuk alquran

Thursday, November 26, 2015

aNgiN maLaM @tOWn

Lps telan roti telur n nasi lmk daun pisang kat sri kampung terus lpk pdg mpk masjid. Ptt ler beriye benor ajk mkn kt town. Upe nye mmg ade hajat nk cari brg kat mini 'pasar malam' nie... adessss... aku x lyn da. Lpk pdg jer. Melayan si hero nie yg td nmpok cam letih sgt doh... molek plok main otomen ngn eiman! Peluh da akakkk!

jOM zUMba!

video
try hok nie... mcm best jer! kne lagu best mmg ler okey jer kan... 

jeMpUt aiR paNaS

bilis? udang kering? boley blake ar ase nye tu... 

Hasil carian imej untuk jemput bilis

meh usha resepi mudah nie...: 

tepung gandum
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu 
(lemah selalu ble sebut bawang nie!)
Sedikit hirisan kubis (kalau suka) 
Segenggam ikan bilis ~ dikopek & dikisar kering
(sedap juek ase kalu tambah udang kering kisar, kan...)
Garam secukup rasa
Air panas mendidih secukupnya (mesti yang baru mendidih!)

Cam mane nak sediakan nie yer... : 
1. Gaulkan tepung gandum bersama bawang dadu, hirisan kubis, ikan bilis kisar serta garam hingga rata.
2. Bila tepung bergaul rata, tolakkan sedikit tepong ke tepi bekas/besen yang digunakan & buatkan sedikit ruang kosong  untuk menggaul tepung. Tuangkan air panas sikit demi sedikit di tepi bekas yg 'dikosongkan' tadi.  Gaulkan air panas & tepung dengan cara menggaul sedikit demi sedikit (jangan gaul kesemuanya nanti tepong tak masak). Bila tepung masak & pekat, tolak ketepi & tuang lagi air panas didih sedikit & gaul lagi bahagian tepung yang belum bergaul.  Buat portion by portion sehingga semua tepung bergaul dengan air panas.  Keadaan tepung akan jadi seakan2 doh ye... 
3. Panaskan minyak secukupnya. Basahkan sikit tangan dengan air bersih lalu jemput sedikit doh sambil dikepal2 & bulat2kan lalu gorenglah sebiji demi sebiji adunan/doh jemput2 tadi sehingga masak & agak garing. Untuk dapatkan gorengan yang cantik.. kena selalu balikkan jemput2 sehingga garing sekata.
4. Angkat jemput2 & toskan & sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran anda!

in syaa Allah... sempi jer nok wat nie. tgk bahan ade ke xde jer kan... 

CheEseKUt dgn tOPpiNg oreO


Bahan-bahan:


1 paket biskut original mini cracker
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat
3-4 sudu fresh milk

Hiasan:
Biskut oreo(dibuang intinya)
Hasil carian imej untuk cheesekut oreo
Cara membuatnya:

1. Pukul cream cheese menggunakan mixer.

2. Blend sampai kembang dan campurkan susu pekat kacau hingga sebati.

3. Celupkan biskut dalam fresh milk dan susun dalam bekas.

4. Lapiskan biskut tadi dgn adunan cream cheese sedikit demi sedikit dan ratakan.

5. Ulangi langkah 3 dan 4 hingga habis cream cheese. Lapisan cream cheese yg terakhir.

6. Kisar biskut oreo, taburkan di lapisan cream cheese tadi.

7. Masukkan dalam freeze selama 2jam. Barulah dipotong.
Hasil carian imej untuk cheesekut oreo

IngaTaN n peSaNan


Hasan Basri ditanya: 
Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? 
Beliau menjawab: 
aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.
Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.
Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.
Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.

Hasil carian imej untuk aamin ya rabbal alamin in jawi

Sahabat2 ku:
Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat Mati 
    TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SIHAT
kerana syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT
Jangan terperdaya dengan
Harta kekayaaan
Sebab
Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma selembar.

Mari terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn nasihatmu

Cukup lah  اللهِ yang

mengenalimu lebih dari
pada orang lain


Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut 
setiap saat hingga kita 
terus dapat hidup, berkarya 
dan menebar manfaat 
bagi sekeliling kita 
sampai diberhentikan 
oleh NYA

Hasil carian imej untuk takbir

Sahabat2ku:
"Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga 
matahari terbenam, 
'Amalku tidak bertambah 
sedikitpun, 
padahal aku  saat ini 
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)


Nasihat ini utk diri sendiri utk share dgn kawan2 yg lain jua.... 

Ya Allah........ berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. 

Hasil carian imej untuk aamin ya rabbal alamin in jawi