Saturday, October 9, 2021

PenaLty sHoot chLegE


Pgrm ari nie. 2 thn da celeb hari sukan negara. Its an honoured u know!!!! Hahahahaahhaa...

Friday, October 1, 2021

KaWaN ?

```ADAT BERKAWAN

Bagus kata-kata ini.
Idea siapalah agaknya.

Dari kawan ada yang menjadi rapat.
Dari kawan ada yang menjadi sahabat.
Dari kawan ada yang menjadi kekasih.
Dari kawan ada yang menjadi isteri/suami.
Dari kawan ada yang menjadi ipar.
Dari kawan ada yang menjadi biras.
Dari kawan ada yang menjadi bisan.
Dari kawan ada yang menjadi mertua.
Dari kawan ada yang menjadi madu.
Dan dari kawan ada yang menjadi lawan. 
Itulah lumrah kita dalam berkawan.

Bila berkawan dengan ramai kawan ini.

Baru kita sedar,
bukan semua kawan kita hidup sempurna.
Mungkin dia banyak duit.
TAPI ada broken famili. 
Ada yang tak berduit. 
TAPI ada keluarga yang bahagia. 
Dari kawan itulah kita belajar sesuatu.

Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan- kawan. 
Sampai bila-bila takkan habis.
Namun disebabkan nak HUBUNGAN itu kekal panjang. Kena 'fake'kan semuanya.

Fake smile, 
Fake feelings dan Fake emotions. 
Kerana sayangkan kawan-kawan.

Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa, 
sering tersenyum.
Tidak bererti dia tidak boleh terluka.
Kita sama-sama manusia. 
ADA HATI dan PERASAAN.

Jadi, 
jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati.

Dalam berkawan kena ada satu prinsip. 
Tak puas hati tanya depan-depan.
Jangan dengar dari orang lain sebab setiap lidah manusia itu ada 'RACUN' yang berbisa!!!

Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan.
Tak kiralah jika kita ada, 
kawan yang jenis nakal, 
masuk air kaa.
Suka buat lawak merapu sekali pun. 
Jika dia seorang kawan yang baik.
Dia akan berani menegur salah dan silap kita!!!     

Seorang kawan yang baik akan menerima teguran dari kawan-kawan sebaik-baiknya.
Dengan hati yang terbuka.
Lebih-lebih lagi tentang kebaikan dan mengingatkan kita kepada ALLAH.

Kawan ketawa memang ramai.
Kawan menangis sukar dicari.
TAPI mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah.
Namun siapa tahu, 
dalam diam mereka tetap mendoakan kita.

Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan-kawan!!!

Suatu masa nanti, 
satu demi satu kawan akan meninggalkan kita.
Masing-masing dengan tujuan yang berbeza.
Mungkin antara kita juga ada yang telah terpisah buat selama-lamanya.

Yang tinggal cuma
KENANGAN dan NAMA.

Hargailah dan sayangilah kawan-kawan kita selagi hayat masih ada.

Al-Fatihah untuk sahabat kita yang telah pergi dahulu.

Berkawan biar saling mengingatkan bukan saling menyalahkan.

In Syaa Allah.```
#wakbaling
#adakawantiadalawan