Monday, August 31, 2015

MERDEKA...!!!

pewaris bakal dikagumi...! in syaa Allah

staNDbY jERit


ala ala standby nk jerit MERDEKA jugek nie... 

geDiX sUWiitt maMa!

bersama cenderahati MERDEKA dari tadika...  
sebokkk btul hero mama srg nier...  
nok jugekkkkkk! 
mcm dia plok student kat cni... ahaksssss! 

meWaRNa jOmmmm!

dgr cikgu bg brisfing pasal peraduan mewarna merdeka plok nier... nie feveret aktiviti qsya ler nie! 

warna... jgn x warna! 
kipidap! 


kusyukkkk ngn ank mama mewarna... x yah wi keje lain ler kalu da pegang kaler!!!

LenSa paGi merDEka!

bersama hero mama di hari merdeka... lokasi : tadika KEMAS batu hitam jer! xyah ler g join perbarisan kat padang kemunting gye nye nie kan... sangat budak2 ler





hero mesti ade amik bhgn jugek...!!!  






ahaksssssss... sekitar pgrm tadika KEMAS sempena hari kemerdekaan thn nier. mmg meriah ler sgt... full of bendera! hahahahahahaaaaa... 

MERDEKA tadiKa

Tadika KEMAS btu hitam... pgrm bdk2 tadika bjln keliling kampung. Hollohhh weihhh... payoh jugek nok hndle bdk2 tadika upenyeee. Haru! Tkasih cikgu atas kesabaran mndidik ank2 bngsa!!!! Respek cikgu2...!!!
semangat sgt ble nengok ke memo cikgu nier... MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 
alhamdulillah... awal bngun nye ari nie. yg penting kasut comey! 
kot2 ler cikgu wi tset hari merdeka... feeling sad:! 

Sunday, August 30, 2015

opEn houZe fiRaH

@ kotaSAS. kne ler g nie sbb da dekat sgt da. tapi klu kut maps, 10 minit gop wehhhh! ahakssss! alhamdulillah... knyam betul. berlapis lapis makanan masuk perut! 
da x leh org lain main da nie. dia soram jer...!  
sopan angattttt! 
ngajuk ngn erfn sbb berebut buai... huhuhuhuhuhuhuhuuuu! 

kUe nkO ijO!

haaaa... nko adooooo?! buy putih free ijo... mne nok carik gtu beb... kihkihkihkih! hanya di pasar tani UTC. 


Saturday, August 29, 2015

peNaNtiM baRU!

Bpeluang g knduri sambut menantu adik bob d kemaman. Alhamdulillah... dgn izin NYA aku ngn eirfan sampai jugek! Uishhhh... rase mcm kureng ler ble ppa is not around derrr...!!!
gediz wit penantim... x knl maka x ngam ler! 
cer tgk ngn org yg da biase ngn dia... ngm sgt ler tu! tggl seharian pun xpe rase nye nie...! 

suwetttt angatttt! 
sngattttttttt...
ehhh ehhh... ngader btul ler! 
lakonan ler tu... ! 

seLamat berSaRa

Khas utk puan rosnah... secara x langsung juga selamat ulang tahun kelahiran jue... walau pun tidak mngenali hajah rosnah secara dekat namun tugas sbg pendidik ttp dkenang sepnjng hayat. Terima kasih atas jasa dan budi yg ditaburkan di SKAC hingga nama SKAC sgt gah di klgn paren sekitar kuantan nie... pe2 pun... tahniah dan syabas atas perkongsian pengalaman  ini. TERIMA KASIH CIKGU!!!

opENhoUSe aZU

2 jejaka pemalu ble bertemu bertentang mate! 


pertemuan exSMKB kat umoh terbuka azu ari nie. alhamdulillah. walau pun x ramai yg dapat join, tapi kami jer pun da cukup melepaskan rindu! 
hambooooiiiiii...!!! da x de keje ar tu... 

Friday, August 28, 2015

PaTut nyE... baHasA dOsa

10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK

[Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang]

Tertarik dengan salah satu isi yang dikongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan,  inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

Hasil carian imej untuk bahasa melaknat
1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk. Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. 
Hasil carian imej untuk talk to kids cartoon

2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”


Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]

Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.
Hasil carian imej untuk talk to kids cartoon

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” 
(tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)

Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.
Hasil carian imej untuk talk to kids cartoon

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.
Hasil carian imej untuk talk to kids cartoon
7) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”


Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak.

Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.
Hasil carian imej untuk komunikasi bahasa
5) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.
Hasil carian imej untuk talk to kids
6) Bahasa MENGUNGKIT 
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.
Hasil carian imej untuk talk to kids cartoon
8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”


Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. in sya Allah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.
Hasil carian imej untuk komunikasi bahasa

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”


Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

Hasil carian imej untuk bahasa
10) Bahasa BISU (silent treatment)

Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.


Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.
Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.
Sama-samalah kita perbaiki yang salah..

peringatan buat diriku. Semoga menjadi guideline dlm kita mendidik anak2 kita. In shaa Allah.
Hasil carian imej untuk bahasa menyindir