Tuesday, June 30, 2015

baKaR kaLOri b4 tDO

Makam Malam 3 Jam Sebelum tidur
  • Jika selepas makan kita terus  tidur, ini akan membuatkan proses pencernaan di dalam tubuh lambat dan tentunya tak akan  berjalan dengan sempurna. Ini akan mengakibatkan masalah pencernaan yang menyebabkan sembelit. Sebaiknya makan malam sebelum jam 6 pm atau 7 pm.Ini membolehkan tubuh akan memiliki banyak waktu untuk  mencerna makanan dengan sempurna. In syaa Allah...
Lakukan aktiviti Ringan
  • Sambil  menunggu selama 3 jam sebelum tidur, gunakanlah waktu tersebut untuk  lakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan di kawasan rumah untuk melancarkan proses pencernaan. Sekiranya sistem pencernaan berfungsi dengan  baik, ini mampu meningkatkan metabolisme pada tubuh semasa tidur
Minum Teh Hijau Atau Air Lemon Sebelum Tidur
  • Minuman seperti teh hijau dan juga air lemon banyak mengandung zat antioksidan yang sangat tinggi. Zat antioksidan berfungsi untuk melindungi metabolisme tubuh. Sekiranya minum teh hijau dan  air lemon yang suam pada sebelum tidur ia akan dapat membakar lemak selama berada dalam keadaan tidur. Dua minuman ini juga  mampu mendetoks tubuh untuk lebih segar dan bertenaga untuk keesokan harinya
Tidur 7-8 Jam Sehari
  • Penelitian telah membuktikan bahwa kualiti tidur yang baik sangat penting bagi kesihatan seluruh tubuh. Orang yang memiliki gangguan tidur, metabolismenya akan lebih lambat dan berat badan akan bertambah dengan lebih cepat. Bila  tidur cukup, kita akan memiliki metabolisme tubuh yang baik untuk melakukan aktiviti seharian. Ini juga telah terbukti, aktiviti sel yang baik sewaktu tidur, akan dapat mengurangkan stress dan menyegarkan tubuh
Sebenarnya kita mampu mengurangkan berat badan dengan hanya bernafas. Tarik nafas melalui hidung, tahan dalam kiraan 1, dengan hembus melalui mulut. Nafas ini seharusnya berasal dari belakang tekak dan berakhir dari dalam perut. Apabila kita telah mempraktikkan dan selalu bernafas dengan cara ini, ia akan menjadi mekanisme semulajadi untuk membakar lebih kalori tanpa bersenam.
Memang menakjubkan bukan, apabila kita mengetahui kelebihan yang kita ada dalam badan kita. Dengan hanya melakukan perkara yang kita sudah selalu lakukan dapat membantu badan kita membakar kalori. Sungguh mengagumkan anugerah yang  diberikan kepada kita. Tinggal kita mencari cara menggunakannya dan menjaganya dengan baik.
semoga semua usaha kita mendapat keberkatan. badan sihat membolehkan kita meneruskan aktiviti beribadat sepanjang hari tanpa gangguan. in syaa Allah....