Tuesday, June 30, 2015

maRUkU cHeESe?!

siyes ly mmg x pernah tahu pun pasal nie. mcm mne ler agk nye erkkk rase maruku nie... huh! 

kaCaNG bOtaK!

seMpOi jeR wat niE

baKaR kaLOri b4 tDO

Makam Malam 3 Jam Sebelum tidur
  • Jika selepas makan kita terus  tidur, ini akan membuatkan proses pencernaan di dalam tubuh lambat dan tentunya tak akan  berjalan dengan sempurna. Ini akan mengakibatkan masalah pencernaan yang menyebabkan sembelit. Sebaiknya makan malam sebelum jam 6 pm atau 7 pm.Ini membolehkan tubuh akan memiliki banyak waktu untuk  mencerna makanan dengan sempurna. In syaa Allah...
Lakukan aktiviti Ringan
  • Sambil  menunggu selama 3 jam sebelum tidur, gunakanlah waktu tersebut untuk  lakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan di kawasan rumah untuk melancarkan proses pencernaan. Sekiranya sistem pencernaan berfungsi dengan  baik, ini mampu meningkatkan metabolisme pada tubuh semasa tidur
Minum Teh Hijau Atau Air Lemon Sebelum Tidur
  • Minuman seperti teh hijau dan juga air lemon banyak mengandung zat antioksidan yang sangat tinggi. Zat antioksidan berfungsi untuk melindungi metabolisme tubuh. Sekiranya minum teh hijau dan  air lemon yang suam pada sebelum tidur ia akan dapat membakar lemak selama berada dalam keadaan tidur. Dua minuman ini juga  mampu mendetoks tubuh untuk lebih segar dan bertenaga untuk keesokan harinya
Tidur 7-8 Jam Sehari
  • Penelitian telah membuktikan bahwa kualiti tidur yang baik sangat penting bagi kesihatan seluruh tubuh. Orang yang memiliki gangguan tidur, metabolismenya akan lebih lambat dan berat badan akan bertambah dengan lebih cepat. Bila  tidur cukup, kita akan memiliki metabolisme tubuh yang baik untuk melakukan aktiviti seharian. Ini juga telah terbukti, aktiviti sel yang baik sewaktu tidur, akan dapat mengurangkan stress dan menyegarkan tubuh
Sebenarnya kita mampu mengurangkan berat badan dengan hanya bernafas. Tarik nafas melalui hidung, tahan dalam kiraan 1, dengan hembus melalui mulut. Nafas ini seharusnya berasal dari belakang tekak dan berakhir dari dalam perut. Apabila kita telah mempraktikkan dan selalu bernafas dengan cara ini, ia akan menjadi mekanisme semulajadi untuk membakar lebih kalori tanpa bersenam.
Memang menakjubkan bukan, apabila kita mengetahui kelebihan yang kita ada dalam badan kita. Dengan hanya melakukan perkara yang kita sudah selalu lakukan dapat membantu badan kita membakar kalori. Sungguh mengagumkan anugerah yang  diberikan kepada kita. Tinggal kita mencari cara menggunakannya dan menjaganya dengan baik.
semoga semua usaha kita mendapat keberkatan. badan sihat membolehkan kita meneruskan aktiviti beribadat sepanjang hari tanpa gangguan. in syaa Allah.... 

kHasiat timUn haLia LemOn & puDiNa

Ramai di antara kita yang ingin mencari cara yang cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini.
Minuman ajaib ini mengambil masa hanya beberapa minit untuk disiapkannya. Keajaiban mengenai minuman ini adalah ia sangat berkesan dalam meleburkan lemak perut yang berlebihan.
Untuk membuat minuman ini, kita memerlukan bahan-bahan berikut:
          • 8 ½ cawan air ditapis
          • 1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
          • 1/2 timun, dihiris nipis
          • 1/2 lemon, dihiris nipis
          • 12 daun pudina
Cara penyediaannya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, kita boleh menyejukkanya selama 2 hari.
Boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?
Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.
Timun
Hasil carian imej untuk timun
timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.
Halia
Hasil carian imej untuk halia
Dalam satu kajian, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.
Lemon
Hasil carian imej untuk lemon
Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah (ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). Darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.
Pudina
Hasil carian imej untuk pudina
Pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.
Air
Hasil carian imej untuk air
Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman. Jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.

LeMOn vs paSaR

PASTIKAN BELI LEMON BILA KE PASAR kerana.... 
🍋🍋Pemusnah Sel Kanser🍋🍋
Air lemon panas boleh menolong kita seumur hidup...


1. 🍋Lemon panas membunuh sel kanser.
2. 🍋2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh
menjadi air alkaline.

3. 🍋Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sngat bermanfaat
bagi siapa sahaja.

4. 🍋Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti
kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam
perubatan moden.


5. 🍋Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.
6. 🍋Ibarat tomato, harus
dimasak terlebih dahulu baru blh muncul
Lycopene yg bermanfaat.

7. 🍋Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan
tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

8. 🍋Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak
merosak sel normal.

9. 🍋Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh
menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran
darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan
darah.

13 raMadhaN

Baru terima sumbngn dari kesukep. Pe2 pun... tkasih jua diucapkan kpd yg bkenaan...

biSmiLLah 5


MANAFAAT:
Manafaat Bismillah 5 ini terlalu banyak, dan secara keseluruhannya boleh menjadi penawar kepada semua jenis penyakit & rasa bisa pada tubuh badan samada yang diketahui puncanya atau pun tidak. 

KAIFIAT/CARA:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, dan baca Bismillah 5 sebanyak 7 kali. Kemudian tiup pada tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup/hembus pula pada air.

Jika tempat sakit itu tak boleh diletakkan tangan, sebab sakit atau payah untuk letakkannnya, boleh letakkan tangan di anggota lain dengan fokus hati yang tinggi dan anggaplah/gambarkan tempat tersebut adalah anggota yang sakit.

ayaT kuRSi

in syaa Allah...

Monday, June 29, 2015

raMadHan

ButTEr PraWN



Hasil carian imej untuk udang butter

15 ekor udang galah
6 batang cili padi
4 ulas bawang putih
2 batang kecil daun kari
1 sudu kecil lada sulah(kasar)
1 sudu butter
3 biji telur (Kuning Sahaja)
sedikit garam
sedikit minyak masak
sedikit minyak bijan
sedikit susu cair



1) Mula2 bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika.


2) Panaskan minyak dan butter.


3) Pecahkan telur & kacau kuning telur hingga sebati


4) Bila minyak dan butter sudah panas, masukkan telur kuning. pastikan guna api sederhana. Sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul2 cantik. kacau laju2 tapi pastikan semuanya dalam kawalan.
(proses ini kena menggunakan kedua2 belah tangan).


5) Bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti serdak. Pastikan ianya terapung untuk menunjukkan ianya sudah masak.


6) Angkat dan toskan. gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang.


7) Goreng udang separuh masak sahaja. angkat dan toskan


8) Tumbuk cili padi dan bawang putih. masih menggunakan minyak tadi. tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari. masukkan setengah cawan susu cair dan masak sampai mendidih


9) Masukkan udang tadi. masa ni boleh serasikan rasa...kalau tak masin boleh tambah garam. Letakkan sedikit minyak bijan untuk menaikkan bau udang tersebut


10) Bubuh dalam pinggan dan Taburkan serdak telur di atas udang.


Note : Jika mahukan sedikit kemanisan dalam masakan, boley letakkan sedikit gula bagi menambah rasa

reFreSh 4 raYe!

bukan nk kate lar. tapi kali nie sbb ade 'paksaan' dari anak dare nk wat utk rye. mentang2 ler baru dpt persetujuan nk rye kuantan thn nie. suke benor bnyi nye yerk! oleh krn da maleh nk belek resepi sedia ade lam blog nie, maka aku amik keputusan utk copy paste sekali lagi utk tatapan dan rujukan aku sok luse nti! 
Puding Triffle
1 buku Swiss Roll
1 tin fruit cocktail 
Kristal Jelly Strawberi 
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastard
Whipping cream, blh juga ganti dengan yogurt
(sebelum nie macam x perenah isi pun mende alah nie beb...) 

Hasil carian imej untuk puding triffle

cam ne??? 

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas cerah kalu nok tgk view hasil keunikannye... baru nampak lapisan nanti).
Tuangkan sedikit air fruit coktail ke atas swiss roll untuk agak2 lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.
Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air).
Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat.
Tuang di atas lapisan 1 tadi.
Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.
Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly (400ml) hingga mendidih. Masukkan serbuk jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang ke atas lapisan 3 (buah buahan).
Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry ke atasnya......
Senangkan....

roTi jOhN sE!

Hasil carian imej untuk roti john

sediakan bahan-bahan berikut untuk membuatkan perut terima roti john meveles nehhhh...: 
● 2 buku roti hotdog
● 1 sudu besar daging cincang
● 1 labu bawang besar
● 1 sudu teh seasoning Maggie 
(hok nie dop tahu ler wajik ade ke dop nyeee?!)
● 2 biji telur
● serbuk lada sulah
● garam
● sos tomato 
(marin beli doh... )
● sos cili 
(beli saje... dop bukok lagi botol nye!)
● mayonis
● timun
● minyak

setel doh bahan-bahan, kne carik step by step care nok wat ler yerk! :-
1. Bawang besar dipotong kiub
(lemah betul kalu ade bawang nehhh...) 2. Tumis bawang besar dgn sedikit minyak dan masak hingga bawang layu
3. Masukkan daging cincang
4. Masukkan seasoning Maggie, serbuk lada sulah dan garam
5. Masak hingga agak kering kemudian angkat
6. Dalam bekas berasingan, pecahkan telur, masukkan inti daging tadi dan gaul rata
7. Panaskan kuali leper dan tuang sedikit minyak
8. Tuangkan bancuhan telur tadi dan ratakan
10.Tekapkan roti hotdog yg telah dibelah dua (jgn putus)

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama tomato, timun, sos dan mayonis. Jika suka boleh tambah sekeping keju... kata nyeeeee!