korang tau dak :- Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988). Membekal 100 produk makanan dan 35 jenis kurma. Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.
Datuk Yusuf Taiyoob, 47 pemilik syarikat kurma dan makanan berpangkalan di Pulau Pinang itu pernah muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam perut kerana berdepan tekanan apabila perniagaan pertamanya, penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, jatuh merudum walaupun mendapat sambutan menggalakkan di peringkat awal.Ketika itu, usianya baru 19 tahun. Akibat tekanan hebat dan tidak dapat menghadapi kenyataan pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam dan menjaga pemakanan sehingga pada satu malam dia dikejarkan ke hospital dalam keadaan separuh sedar.
Kini syarikatnya membekal 35 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safawi, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara pada harga antara RM3 hingga RM120 sekilogram. Kurma itu diperoleh dari Asia Barat dan Afrika Selatan, termasuk Tunisia, Oman, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
sape sangka. kannnn... semangat kentalnya ptt menjadi cntoh teladan bg yg ingin berjaya dan menyimpan cita-cita dlm bidang perniagaan cm gni... waahhh...!!! hbt nyer dia... aku pun bru tau nier... hehehehe!!!!