Tuesday, December 1, 2009

nK shArE niE jEr

smpna m'ambik kire kead aku yg bru pas b'salin nie kan, aku jz nk share info nie ngn korang. aku dpt emel ini pn mse aku da nk bis pntng. har333... nway, skdar utk prkongsian ilmu jer kan. wlau pn x dop kne mngna pe slh nyer wat kongsi info nie sama2, kannn...


panduan menjga luka slps bersalin scr cesarean


Panduan menjaga luka cesarean agar tidak mudah dijangkiti kuman dan bernanah terutama sewaktu di dalam pantang selepas bersalin pembedahan. Bagi mereka yang bersalin cesarean, bahagian yang perlu dijaga ialah di bahagian luka kerana jika luka tidak sentiasa kering, kemungkinan untuk terkena jangkitan dan bernanah adalah tinggi. Proses penyembuhan juga akan mengalami kelewatan apabila luka terkena jangkitan. Menjaga luka cesarean sebenarnya tidaklah susah. Cuma yang penting adalah disiplin di dalam melakukannya di sepanjang tempoh berpantang :


a. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan pengering rambut (hair dryer). Ini penting agar luka sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.
b. menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, juga boleh dapatkannya di farmasi.
c. adalah disarankan agar TISU GULUNG digunakan untuk melapik bengkung sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Tujuannya bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung moden dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama dibahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung moden semula.
d. Elakkan dari menyapu gel gamat di tempat luka. tunggulah sehingga luka sudah benar-benar kering atau 3 minggu selepas pembedahan. Jika menyapu gel gamat ini terlalu awal, ia boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.


Bagaimana Menghilangkan Stretchmark / Kesan Regangan


Rekahan kulit atau dikenali juga sebagai stretch mark merupakan parut kecil yang terjadi di permukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit. Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadang kala boleh kelihatan dengan jelas. Faktor yang menyebabkan stretchmark antaranya ialah kehamilan dan juga akibat daripada kegemukan dan kenaikan berat badan yang cepat hingga menyebabkan kulit hilang keanjalannya. Kesan rekahan kulit biasanya terjadi di bahagian perut (kebanyakannya disebabkan oleh kehamilan), di buah dada, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya dibahagian lengan. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan regangan kulit, dan ada juga yang berjaya mengurangkan kesan rekahan itu dari terlalu menonjol di permukaan kulit, cara terbaik dan termurah adalah melalui pencegahan dari awal. Juga, menghilangkan tanda regangan atau strectmark ini tidak semudah mencegahnya dari berlaku.


tips utk elakkan regangan kulit :


a. menyapu losyen di bahagian perut, punggung dan paha sblm atau pd awal kehamilan.Tujuannya adalah untuk memberi kesan keanjalan dan kelembapan kepada kulit. Ini juga membantu mencegah kulit dari menjadi kering dan merekah akibat dari regangan yang dialami sewaktu didalam tempoh kehamilan nanti.
b. Seelok-eloknya gunakan losyen yang mengandungi minyak kelapa atau aloe vera. Juga losyen yang dibuat dari bahan semulajadi dan tidak mengeringkan kulit. ( atau guna ajer BIO OIL).
c. Waktu terbaik untuk menyapu losyen ialah setiap kali selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat, tegang dan juga untuk awet muda.
d. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya, gantikan dengan air mineral bagi membantu melembabkan kulit
e. Banyakkan mengambil buah-buahan, air masak, minuman yogurt dan susu segar agar tubuh mendapat bekalan air yang cukup.
kurangkan kesan stretchmark selepas bersalin
a. Setiap kali sebelum menyapu gel pengempis perut atau campuran kapur dan air limau nipis, sapukan dulu losyen di perut. Losyen tersbut bukan sahaja membantu mempercepatkan tanda hitam diperut hilang, ia juga membantu melembabkan kulit.
b. Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari.
c. Ambil supplemen untuk kulit seperti vitamin A, C dan E.
-
njy reading ths...!!!