Membebel adalah luahan rasa ketidak puasan hati dripada hati yang merungut Anak-anak tidak suka mendengar rungutan dan bebelan kerana mereka akan merasakan betapa mereka telah menjadi bebanan kepada orang tua mereka dan bukan sebagai satu tanggungjawab yang harus dibentuk, dilentur, dibimbing dan sebagainya... n menjadi pasif dan murung. Akibat daripada keadaan ini memaksa anak2 remaja mencari teman2 untuk meluahkan perasaan mereka kerana ibubapa was being so unfriendly.
Mereka menjadi takut untuk berbagi perasaan kepada ibubapa. Daripada sini pula bergantung kpd jati diri, iman daripda didikan agama yg dipelajari daripada orang tua dan mungkin juga sekolah anak itu sendiri dan siapa rakan anak2 itu tadi. Silap2 boleh terjebak gejala sosial. Apabila anak2 dah spoil yg sebenarnya berpunca darpada sikap orang tua itu sendiri (kebanyakan, tidak semua mungkin) anak2 atau rakan anak2 pula yang dipersalahkan atau mungkin dikecam.
Sebagai orang tua adakah kita telah bersikap adil, penuh kasih sayang dalam mendidik dan membimbing dan melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik dan jayanya atau sekurang2nya berusaha kearahnya? Hmm... bagaimana kita boleh mengubah sikap ibubapa seperti ini?
tepuk dada tanye selera...
https://www.facebook.com/ibubapacemerlang