Monday, March 31, 2014

beZa peRaNGai aNak2


Setiap perangai anak adalah unik. Ia memang tidak akan sama.
Perangai dan cara anak berfikir adalah tidak sama. Anda tidak
boleh menganggap anak pertama rajin belajar, anak kedua juga akan
rajin belajar. Ia berbeza untuk setiap individu. Sudah pasti kita 
juga mempunyai perangai yang berbeza dengan adik beradik yang lain.

Kita perlu gunakan dua elemen dalam mendidik anak iaitu kawal dan
kasih sayang. Perangai anak-anak adalah berbeza, juga
mempunyai persepsi berbeza, maka, cara terbaik adalah kawal
emosi dan beri kasih sayang kepada mereka.

Untuk anak yang pemarah, perlu pandai menenangkan mereka.
Untuk anak yang sensitif, perlu berhati-hati ketika berkata-kata.
Untuk anak yang degil, perlu disiplinkan mereka.

Ia adalah berbeza untuk setiap anak. Anda perlu berhadapan dengan
anak-anak menggunakan cara yang berbeza berdasarkan perangai mereka.

Ketika kecil memang mudah untuk anda memahami mereka, tetapi apabila
mereka meningkat dewasa, mereka akan berjumpa dengan ramai orang
dan tanggapan mereka mengenai kehidupan akan berubah.

Seorang remaja selalunya sangat memberontak, mereka akan menunjukkan
kepada dunia bahawa mereka adalah berbeza dan bagus.

Kawal perasaan memberontak anak-anak dengan membimbing mereka
ke arah yang betul. Cakap dengan anak, beri cadangan kepada
anak bagaimana hendak mencapai sesuatu impian. Setiap anak akan
memberontak dengan cara yang berbeza. Sebagai ibubapanya perlu mengawalnya sebelum terlambat.

Menjadi ibu bapa adalah salah satu pengembaraan di dunia ini.
Kita hidup hanya sekali dan berilah yang terbaik untuk anak kita.
Hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Kita perlu tenang dalam
mendidik anak kerana mereka adalah anugerah yang sangat
bernilai dari Tuhan. Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.