Monday, March 24, 2014

LetS joIN thEm...!!!


Kesilapan utama ibu bapa adalah tidak melibatkan diri dengan
anak-anak mereka. Anak-anak dibiarkan bersendirian untuk berfikir
dan melakukan keputusan. Abaikan anak adalah sama dengan anda
melepaskan tanggungjawab terbesar sebagai seorang manusia.

Peruntukkan satu waktu pada setiap hari untuk bercakap dan mendengar
masalah dari anak-anak. Periksa tahap kesihatan mereka,
perkembangan hidup mereka, tanya mengenai rakan-rakan mereka dan
yang paling penting kongsikan perjalanan hidup kita as paren pada hari itu
dengan anak-anak.

Libatkan diri ketika mereka menelaah pelajaran. Walaupun lemah
dalam pelajaran, boleh menolong mereka dengan membeli buku
rujukan yang sesuai dan setiap kali mereka menalaah pelajaran,
periksa sama ada buku yang dibeli benar-benar dapat membantu atau tidak perkembangan
anak.

Setiap kali anak memerlukan kita, pastikan kita perlu ada bersama dengan mereka.
Kita patut ketahui dan perlu tahu setiap aktiviti anak-anak 
dan bahagikan masa supaya kita sentiasa boleh bersama-sama dengan mereka
pada masa yang betul.