Anak tidak akan menganggap anda menyayangi mereka selagi tidak dipuji atau menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka.
Marahkan anak bukan jalan terbaik untuk ajar anak sesuatu perkara.
Walaupun kita telah dididik oleh keluarga dengan teknik sebegitu iaitu
menggunakan kekerasan dan selalu marah, ia berbeza dengan keadaan
kita sekarang kerana kita sudah mempunyai ilmu dan pengetahuan baru.
Ibu bapa dahulu telah melakukan apa yang terbaik untuk kita.
Sekarang giliran kita pula sebagai ibubapa untuk melakukan apa yang terbaik untuk
anak. Manusia memang akan lakukan kesilapan dan kita perlu
bersedia dengan kesilapan yang bakal anak kita lakukan.
Cari penyelesaian, bukan melepaskan geram.
Puji anak jika mereka lakukan perbuatan yang terpuji. Tunjukkan kasih sayang jika anak kita gagal melakukan sesuatu. Maafkan mereka kerana kesilapan akan membina peribadi anak untuk menjadi lebih baik.