Friday, March 7, 2014

coPy ceRita daRi myMETRO

Berita Utama


Ajal dua beradik


Oleh Muhammad Apendy Issahak
TAPAH: Dua beradik yang dalam perjalanan ke ibu negara dari kampung mereka di Kampung Baru Kuala Nerang, Kedah, maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 348.3 Lebuhraya Utara Selatan, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa Mohd Nadzrul Khairi Ishak, 34, dan abangnya Muhamad Nadzim Ishak, 39, yang juga Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Perlis, meninggal dunia dilokasi kejadian selepas kenderaan dipandu Mohd Nadzrul, dipercayai melanggar belakang sebuah kenderaan lain sebelum dirempuh pula kereta jenis Proton Satria GTI yang datang dari arah sama.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menurutnya, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah kenderaan lain sebelum berpusing dan melintang ditengah lorong kanan lebuhraya.


"Siasatan awal mendapati kendaraan jenis Ford Ranger dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai melanggar sebuah kenderaan lain yang tidak diketahui nombor pendaftaran dan jenisnya.
Foto
KEADAAN kereta pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua mangsa. FOTO Muhaizan Yahya
"Kenderaan mangsa hilang kawalan hingga berpusing dan melintang jalan dilorong kanan lebuhraya, sebelum sebuah kereta jenis Proton Satria Gti yang datang dari arah sama gagal mengelak dan merempuh bahagaian sisi kiri pacuan empat roda yang melintang itu," katanya.


Photo: Alfatihah....
...hanya tinggal kenangan...