Monday, March 31, 2014
beZa peRaNGai aNak2
Setiap perangai anak adalah unik. Ia memang tidak akan sama.
Perangai dan cara anak berfikir adalah tidak sama. Anda tidak
boleh menganggap anak pertama rajin belajar, anak kedua juga akan
rajin belajar. Ia berbeza untuk setiap individu. Sudah pasti kita
juga mempunyai perangai yang berbeza dengan adik beradik yang lain.
Kita perlu gunakan dua elemen dalam mendidik anak iaitu kawal dan
kasih sayang. Perangai anak-anak adalah berbeza, juga
mempunyai persepsi berbeza, maka, cara terbaik adalah kawal
emosi dan beri kasih sayang kepada mereka.
Untuk anak yang pemarah, perlu pandai menenangkan mereka.
Untuk anak yang sensitif, perlu berhati-hati ketika berkata-kata.
Untuk anak yang degil, perlu disiplinkan mereka.
Ia adalah berbeza untuk setiap anak. Anda perlu berhadapan dengan
anak-anak menggunakan cara yang berbeza berdasarkan perangai mereka.
Ketika kecil memang mudah untuk anda memahami mereka, tetapi apabila
mereka meningkat dewasa, mereka akan berjumpa dengan ramai orang
dan tanggapan mereka mengenai kehidupan akan berubah.
Seorang remaja selalunya sangat memberontak, mereka akan menunjukkan
kepada dunia bahawa mereka adalah berbeza dan bagus.
Kawal perasaan memberontak anak-anak dengan membimbing mereka
ke arah yang betul. Cakap dengan anak, beri cadangan kepada
anak bagaimana hendak mencapai sesuatu impian. Setiap anak akan
memberontak dengan cara yang berbeza. Sebagai ibubapanya perlu mengawalnya sebelum terlambat.
Menjadi ibu bapa adalah salah satu pengembaraan di dunia ini.
Kita hidup hanya sekali dan berilah yang terbaik untuk anak kita.
Hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Kita perlu tenang dalam
mendidik anak kerana mereka adalah anugerah yang sangat
bernilai dari Tuhan. Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.
Saturday, March 29, 2014
Thursday, March 27, 2014
SeMiNar pLok!
Da lama x join seminar / kursus nie. Nk kursus jauh2 x dpt g. Kursus blkg dinding sudoh! Ahhaaaakksssss!
LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
seLaMat berAMaL...! insya Allah...
Wednesday, March 26, 2014
Tuesday, March 25, 2014
Monday, March 24, 2014
berGer vS burGeR
Pepagi da juper ngn bunting psl burger... Alamaaaaakkkk! Lapor ler plokkkk. It means dat bunting nie berkesan ler as medium iklan, kan!
LetS joIN thEm...!!!
Kesilapan utama ibu bapa adalah tidak melibatkan diri dengan
anak-anak mereka. Anak-anak dibiarkan bersendirian untuk berfikir
dan melakukan keputusan. Abaikan anak adalah sama dengan anda
melepaskan tanggungjawab terbesar sebagai seorang manusia.
Peruntukkan satu waktu pada setiap hari untuk bercakap dan mendengar
masalah dari anak-anak. Periksa tahap kesihatan mereka,
perkembangan hidup mereka, tanya mengenai rakan-rakan mereka dan
yang paling penting kongsikan perjalanan hidup kita as paren pada hari itu
dengan anak-anak.
Libatkan diri ketika mereka menelaah pelajaran. Walaupun lemah
dalam pelajaran, boleh menolong mereka dengan membeli buku
rujukan yang sesuai dan setiap kali mereka menalaah pelajaran,
periksa sama ada buku yang dibeli benar-benar dapat membantu atau tidak perkembangan
anak.
Setiap kali anak memerlukan kita, pastikan kita perlu ada bersama dengan mereka.
Kita patut ketahui dan perlu tahu setiap aktiviti anak-anak
dan bahagikan masa supaya kita sentiasa boleh bersama-sama dengan mereka
pada masa yang betul.
Saturday, March 22, 2014
TaHniaH koKPa
Besor da kokPa. Da kawen da pun. Kjap plok rse mase blalu. Tetiba da kawen pun. Ahakssss... dlu time juper berlari2 anak jer!
sentuhan dari along... pandai along amek gambo!
waaaaahhhh.. tahap ketinggian aku sedikit meningkat! hahahahahahaaa...
huduh ngt mejaaa... siap ade sipor plok tu... kihkihkihkihhhhh....
only @ BULAN
Our dnr 2nte. Bis kedai da sebut. Abis menu da fk. Last tuan besor kata "jom g bulan!". Sampai jugok ler kt bulan. Order beh sgt, xmkn pun sbb erfan da nanges nk z...
sukeeee!
jom ke BULAN!
gurlz in da house...
me?
tgk menu pilihan bkn main lagi ler havoc nye!
sentuhan along... share ler jugok! (patut ler x sabo2 tggu mama tuko fon!)
Thursday, March 20, 2014
saYaNGi aNak...
Anak tidak akan menganggap anda menyayangi mereka selagi tidak dipuji atau menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka.
Marahkan anak bukan jalan terbaik untuk ajar anak sesuatu perkara.
Walaupun kita telah dididik oleh keluarga dengan teknik sebegitu iaitu
menggunakan kekerasan dan selalu marah, ia berbeza dengan keadaan
kita sekarang kerana kita sudah mempunyai ilmu dan pengetahuan baru.
Ibu bapa dahulu telah melakukan apa yang terbaik untuk kita.
Sekarang giliran kita pula sebagai ibubapa untuk melakukan apa yang terbaik untuk
anak. Manusia memang akan lakukan kesilapan dan kita perlu
bersedia dengan kesilapan yang bakal anak kita lakukan.
Cari penyelesaian, bukan melepaskan geram.
Puji anak jika mereka lakukan perbuatan yang terpuji. Tunjukkan kasih sayang jika anak kita gagal melakukan sesuatu. Maafkan mereka kerana kesilapan akan membina peribadi anak untuk menjadi lebih baik.
meSy kHaS @ meGaViEw
Mlm2 gni mesy lgi org2 kuat 'pahang open 2014'...
da jadi tempat feveret persatuan da nier gaye nye...
muke penat jer blake doh nier...
serius nmpok gaye nye. macam x cukup bajet jer... ahakssssss!!!!
xleh serius sgt erkkkkk... stress lak nanti!
moga pgrm akan sukses nanti...!
Monday, March 17, 2014
CheeSEcakE BisKUt - reSepi
cik epal kata (http://cikepal06.blogspot.com/) : cam nie ler cara yg plg simple nk wat cis cake sekut! berikut diberikan cara2 nk wat n leh try bile2 yg kte suka...
Susu segar untuk celup-mencelup biskut.....
Guna susu Low fat kalau nak kurus. Susu full cream kalau nak gemuk. Tak ada kena mengena pon. Janji susu segar, tak kesah lah jenama dan jenis apa pon!
Cheesecake Biskut
~~~~~~~~~~~~~~~~~
bahan-bahan untuk dibuat ces cake sekut nier:-
Cream cheese (250g)
1/2 tin susu pekat manis
Nestum
Biskut Hup Seng (deluxe crackers)
1/2 tin susu pekat manis
Nestum
Biskut Hup Seng (deluxe crackers)
susu low fat
cara2 nk perabih bahan2 tadi :-
1. Pukul cream cheese sampai 'lembik' guna stand mixer
2. Masuk kan 1/2 tin susu
(kalau kuat manis, letak lah lebih. Kalau tak suka manis, kurangkan. tapi jangan letak satu tin susu pekat ni pulak, kang kencing manis pulak. carik penyakit)
3. Gaul-gaul sampai sebati.
(siappppppp...!!!)
4. sediakan susu segar. celupkan biskut dalam susu segar tu.
(Jangan sampai lembik sangat. Cukuplah ala ala da basah da gtu...)
5. Pastu susun dalam loyang.
6. Then sapu lah dengan cream cheese yang kita pukul tadi.
7. Pastu tabur nestum plok.
8. Then ulang benda yang sama. Letak biskut >>cream cheese>>nestum.
9. Untuk topping atas sekali, tinggalkan cream cheese tu sedikit tebal daripada yang kita sapu dekat bawah-bawah layer biskut tu.
10. Akhir sekali tabur nestum.
11. Masuk dalam peti ais. Sejuk kan semalaman.
12. Ehhh... da siap!!!!
lorrrrrr... kne jadi cam gni rupenye ble da siap erkkkk... haru!
yang pasti boley terbayang da kesedapan ces cake sekut nier... mmg kompem kne try nehhh....!!!!
suRah alFatiHah : saTU keaJaiBaN!
...insya Allah...
Janji Allah Itu Pasti.
MISTERI SURAH ALFATIHAH
AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur :
Kepada orang berpenyakit mental
AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit :
Sakit yang keterlaluan
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit:
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN:
BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA
Sunday, March 16, 2014
haRi ke-8 suDaaa...
Aku x pernah hpdate cter psl mh370 yg masih hilang. Skdar ingtan... AlFatihah. Jgn putuskan doa... :)
Friday, March 14, 2014
GoTonG roYonG @ tkT 6
Ari nie kerah tenaga lagi bersihkan tkt 6 plok. Sblm blk nie nk djadikan blk latihan plok nti. Yg penting mkn kne order 3 kali sari. Ahakssss... Bru ler xdop org lari. Gtuuuu...!
Thursday, March 13, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)