Friday, November 15, 2013

ranGSaNG keCeRDasaN otaK aNak


MERANGSANG kecerdasan otak anak menerusi alam sekeliling dan kehidupan seharian lebih mudah dilakukan berbanding menyuruh anak duduk diam dan belajar dalam suasana serius.

Antara pembelajaran secara tidak langsung ialah jika anak masih kecil : 

  • ajar dia matematik dengan mengajaknya mengira ketika menaiki atau menuruni tangga. 
  • Ketika dalam kenderaan, minta anak sebut huruf dan angka pada plat kenderaan kerana cara itu mudah mengasah ingatannya. 
Cara itu lebih menyeronokkan dan mudah diingati kerana membolehkan anak mengaitkan pembelajaran dengan sesuatu berbanding anda mengajarnya mengira tanpa alat bantuan.

Anak turut mengenal alam sekeliling melalui aktiviti bersama. Oleh itu, ajak anak melakukan aktiviti seperti :  

  • membasuh pinggan, melipat pakaian, mencuci kereta atau berkebun bagi membolehkannya mengenal banyak objek dan barangan.