Juruteknik maut kemalangan
MARANG: Seorang juruteknik berusia 33 tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Pulau Kerengga di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Marang ke Dungun dipercayai memotong dua kenderaan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Alza yang dipandu mangsa dari arah bertentangan.
Mangsa yang bertugas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang cedera parah di bahagian kepala bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 19 tahun pula patah kaki kanan manakala rakannya berusia 20 tahun cedera di muka dan kepala.
nie keratan akhbar harian metro ari nie... :-
nie keratan akhbar harian metro ari nie... :-
tenang n damai lar di sana... sesungguhnya DIA lebih menyayangi mu dik! in syaa Allah...