Monday, November 18, 2013

DiEt MaSa NYuSu baDaN


Penyusuan membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.


Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan. Jika mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi. Menghadkan pengambilan makanan pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu.