dihantar oleh seorang kawan. Mungkin ada yg boleh diambil pelajaran. Sama2 lar kte mgambil iktibar mne yg bkenaan. Moga perkongsian ilmu kte dberkati Allah s.w.t.
AsSalam, tips dan rumusan ceramah 'kesempurnaan ibadah korban - etika menyembelih dan melapah' di Surau ArRashidin Puncak Setiawangsa oleh Tn Hj Mustafa Othman, anak Melayu yang bertugas sebagai Master butcher di Buckingham Palace, London.
1. Korban adalah satu ibadah bukan satu Pesta.
2. Korban untuk menambah Pahala dan keberkatan bukan menambah dosa dan penyeksaan kepada binatang.
3. Korban satu niat 'persembahan' kepada pencipta kita maka kesucian serta kebersihan sesangat diutamakan.
4. Mandi dan bersihkan binatang yang hendak disembelihkan.
5. Seeloknya yang berniat korban hendaklah hadir menjadi saksi ke atas penyembelihan.
6. Sentuh dan belai binatang yang hendak disembelih mengunakan bahagian 'luar' tapak tangan.
7. Lazimnya binatang yang dipilih untuk dikorbankan adalah yang paling jinak dan mudah dibela kerana binatang tersebut lebih redha dan berserah untuk dikorbankan.
8. Untuk menumbang dan melemahkan binatang (lembu/kambing) regang (stretch) kaki kiri bahagian hadapan dan kaki kanan bahagian belakang. Dengan cara demikian ia mengurangkan perjalanan darah dan oksigen binatang tersebut dalam beberapa minit menyebabkan ia begitu mudah tumbang dengan sendirinya.
9. Sembelih binatang korban di tempat yang bersih persekitarannya bukan di longkang dan parit yang kotor. Bukan saja kesucian dipersoalkan malah mengundang bacteria sebaik darah mengalir.
10. Banyak menggunakan air untuk membersihkan bagi mengelak pembiakan bacteria.
11. Haiwan korban yang dilayan dengan stress dan penganiayaan akan mengeluarkan 'urid acid' ke dalam badan menyebabkan keracunan daging dan ini boleh debabkan sakit kepala dan migraine bila dimakan.
12. Menurut kajian University Minnesota, daging penyembelihan mengikut cara islam adalah daging paling bersih dan enak dimakan.
13. Daging yang warnanya lain dari warna 'kemerahan' adalah daging yang tercemar.
14. Melapah kulit bukan proses yang pertama selepas menyembelih. Kulit adalah lapisan bagi mengelak pencemaran daging dan pendinding kepada kebersihan daging.
15. Daging 'Korban' sedikit mana sekalipun yang diambil tanpa izin 'peniat' yang mengorban adalah 'berdosa dan haram'.
16. Penyembelihan mengunakan pisau buatan dari jenis 'carbon' adalah yang terbaik.
17. Kambing adalah makanan sunnah, maka tidak ada kemudaratan seperti darah tinggi dan migraine, mungkin cara penyembelihan yang tidak betul.
18. Sembelih lah diatas lantai simen atau tiles kerana ia mengurangkan tenaga/power binatang dengan kehilangan 'grip' kaki binatang tersebut membuatkan mudah dikawal lagi menjaga kebersihan.
19. Daging yang paling lembut adalah dari lembu yang usianya 2 tahun 3 bulan.
semuga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dalam menjalani Ibadah korban ini, insyAllah, amiiin... :))