Sunday, October 6, 2013

baiKi keHiduPaN...

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita Personaliti


Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya

Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini

Jangan berlebihan, tetapkan had

Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius

Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’

Bermimpilah ketika anda berjaga

Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan

Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang

Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa

Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini

Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri

Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat

Lebihkan senyum dan ketawa

Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk tidak bersetuju 

Kerap menelefon ahli keluarga

Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain

Maafkan semua orang untuk segala galanya

Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun

Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari

Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda

Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka 

Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan

Allah akan mengubati segala galanya

Buat perkara yang betul

Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah

Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia

Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba

Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan

Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah

Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah sambil mempraktikkan semua perkara yang berkenaan dan bertawakkal lah. insyaAllah....!