Thursday, February 5, 2015

kaRot vS LobaK meRah



1. Beta karotena: 
Lobak merah kaya dengan sumber antioksidan yang antaranya mengubah kepada vitamin A dalam tubuh untuk membantu mengekalkan kulit sihat.

2. Penghadaman: 
Lobak merah meningkatkan jumlah air liur dan membekalkan mineral penting, vitamin serta enzim yang membantu memudahkan proses penghadaman. Makan lobak secara kerap dapat membantu mengelakkan ulser gastrik dan penyakit lain membabitkan sistem penghadaman.

3. Elemen alkali: 
Lobak merah kaya dengan elemen alkali yang menggiatkan dan membersihkan darah selain mengimbangi ratio asid/alkali tubuh.

4. Kalium: 
Lobak merah adalah sumber terbaik untuk kalium yang membantu mengekalkan tahap garam dalam tubuh, sekali gus membantu menurunkan tekanan darah.

5. Kesihatan gigi: 
Lobak merah membunuh kuman dalam mulut dan membantu mengelakkan kerosakan gigi.

6. Luka: 
Parutan lobak merah yang mentah boleh digunakan untuk membantu mengubati luka dan kerengsaan.


7. Fitonutrien: 
Antara kebaikan fitokimia yang ada pada lobak merah ialah fitonutrien dikenali falcarinol yang mengurangkan risiko kanser usus dan membantu menggalakkan kesihatan usus secara keseluruhan.

8. Karotenoid: 
Lobak merah kaya dengan karotenoid yang digunakan tubuh untuk mengawal paras gula dalam darah.

9. Serat: 
Lobak merah tinggi kandungan serat larut yang mampu merendahkan tahap kolesterol.

10. Mata, rambut dan kuku: 
Nutrien dalam lobak dapat meningkatkan kesihatan mata, kulit, rambut, kuku dan banyak lagi dengan membantu tubuh menyingkirkan bahan toksin serta membina sel baru.