Saturday, February 14, 2015

hoMEmaDe esKriM - maCam da ShaRe jeR!


MaRBLe IcE-cReaM - raiNBoW 

Bahan-bahan:

1 tin susu pekat manis (saiz kecil tu je)
2 tin air masak (sukat guna tin susu)
1 sudu besar ovallet
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko 
(guna perasa coklat pun boley)
Pewarna merah jambu
(guna sedikit pewarna ibu sirap)
Sedikit perisa strawberry

Cara-caranya:

-Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
-Masukkan tepung jagung, kacau rata (tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
-Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak (kacau sekejap je, tapi boley juge kacau hingga mendidih sikit)
-Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar (kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul). 
- Sejukkan dahulu
-Apabila dah sejuk, tambahkan ovallet dan esen vanilla
-Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi (high speed). Pukul hingga gebu dan ringan
-Mula-mula adunan tu sikit je, lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek, sedikit likat
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (ikut suka nak buh berapa warna dan perisa). leh bahagi 3 bahagian
-Satu adunan dibiarkan asal/plain (perisa vanilla)
-Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu (perisa strawberry)
-Satu adunan lagi bubuh serbuk koko (perisa coklat)
-Pastu boleh le dicorakkan aiskrim macam marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis
-Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais
-Bila dah beku/keras boleh la dinikmati (disarankan aiskrim tu dibekukan semalaman)

in syaa Allah... mesti budok2 suke, kan?!