Thursday, July 16, 2015

aKHiR raMaDhaN 1436H

ُِDOA AKHIR                                             RAMADAN 1436H,
16July 2015.                                   
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
   
✏Ya Allah Ya Rabbi terimalah puasa kami, solat kami,  berdiri tegak kami, rukuk kami, sujud kami, tunduk merendah diri kami, pengabdian kami dan berilah kesempurnaan tempat kembali kami kelak, wahai Allah wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

✏Ya Allah jika di taqdir sudah berlalu Lailatur Qadarmu terimalah amalan kami yg sedikit dan cacat ke atas kami yg kerdil, lemah, naif & banyak dosa. Jika belum -Ya Allah..kurniakan kpd kami Laitul Qadar .

✏Ya Allah, bersihkanlah hati kami dari kemunafikan, amal kami dari riak, lisan kami dari dusta, dan bersihkan mata kami dari khianat, sesungguhnya Engkau mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang disembunyikan dalam dada.
                           
✏Ya Allah ingatkan kami bahawa sisα hίdυρ kami semakin pendek dan tidak semua yang kami ada boleh kami bawa ke kubur melainkan amal soleh kami.

✏Ya Allah ingatkan kami bahawa sehari berlalu, umur kami akan berkurang sehari dan jika kita lewati hari ini dengan berbahagia, ingatkanlah kami bahawa kami sangat beruntung.

✏Oleh itu Ya Allah doronglah kami untuk berbuat baik dan selalu mengucap syukur, kerana kami tidak tahu bila kami akan dipanggil 'pergi'.

✏Ya Allah dalam hidup kami ini jangan lah kami membandingkan ke atas, kerana kami akan merasa kurang; janganlah juga kami membandingkan ke bawah, kerana kami akan merasa lebih.

✏Ya Allah buatkan supaya kami selalu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kami punya supaya kami merasa bahagia dan bersyukur dengan apa yang kami ada.

✏Ya Allah sedarkanlah kami bahawa harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan itu hanyalah sementara, hanya pinjaman dari Mu.

✏Ya Allah ingatkan kami untuk menjaga perilaku kami dan sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela dan sentiasa mengawal diri.

✏Ya Allah muliakanlah kami, lapangkanlah hati kami,
bahagiakanlah keluarga kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan.

✏Ya Allah mudahkan segala urusan kami, kabulkan cita-cita kami.

✏Ya Allah jauhkan diri kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar.

✏Ya Allah jauhkan dari kami dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadah kami dan jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.

✏َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

✏Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anah-anak dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ