السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat pagi Ahad
1 Januari 2017
2 Rabiulakhir 1438H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan para sahabatnya.
Ya Allah, pada pagi tahun baru 2017 yang tenang dan penuh baraqah ini, kami bermohon, permudahkanlah semua urusan kami, baik dalam urusan Agama, Dunia dan Akhirat.
Ya Allah berikanlah pada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami.
Ya Allah kurniakan kepada kami jiwa yang tenang dan hati yang lapang agar hari ini menjadi antara hari yang terindah dalam hidup kami.
Ya Allah murahkanlah rezeki kami, tambahkanlah lagi keberkahan bagi kami, limpahkanlah ketaqwaan kepada kami serta Istiqomah ibadah kami kepada-Mu.
Ya Allah ampunilah kami yang kerdil ini dan jadilah kami mensyukuri segala nikmat yang Engkau anugerahka kepada kami.
Ya Allah jadikanlah kami selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kami miliki.
Ya Allah janganlah hati kami ditutupi fikiran buruk sekecil manapun dan janganlah kami nampak keburukan semata-mata.
Ya Allah, janganlah kami menutup hati dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.
Ya Allah jadilah kami bersyukur dengan apa yang sudah kami miliki, sebagai modal untuk memuliakan Mu.
Ya Allah ingatkan kami bahawa hidup adalah waktu yang dipinjamkan; harta, anak pinak adalah amanah yang di pertanggungjawabkan.
Ya Allah jadikanlah kami bersyukur atas nafas yang masih kami miliki.
Ya Allah jadikanlah kami bersyukur diatas keluarga yang kami miliki, bersyukur atas pekerjaan yang kami miliki, bersyukur atas kesihatan yang kami miliki, bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kami miliki.
Ya Allah jauhilah kami dari sifat riyak dan sombong, ujub, sum'ah dengan apa yang kami miliki, ianya bukan milik kami, ianya milik Mu Ya Allah yang Maha Esa.
Ya Allah jadilah kami umatMu yang sentiasa menunaikan kewajipan dan hak kami kepadaMu Ya Allah.
Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan sayangilah kami..
Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah . َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.
Ya Allah hidupkan kami dalamm Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.
Ya Allah berilah taufik dan hidayah kepada umatMu yang belum Islam dan juga kepada pemimpin, rakan dan jiran kami yang masih belum menerima Islam dengan sepenuhnya.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين