Pernah rasa geram kerana anak kecil tidak ikut arahan? Lebih lebih lagi semasa kita sedang membuat projek bersama mereka dan menguruskan anak yang ramai.
Jangan terus mengalah. Ada kalanya, ia memerlukan kita yang menyusun strategi. Strategi kita, kita semestinya sama. Ia percubaan dan percubaan dari kita, membentuk kebiasaan.
KEBIASAAN kita inilah yang sangat mempengaruhi persepsi anak kita dan bagaimana mereka bertindakbalas. Membentuk kebiasaan, bukan sekali dua, ia percubaan untuk konsisten dengan usaha ini. Sama-sama kita hayati
Memancing Kerjasama Anak
1. Jelaskan apa yang anda nampak atau apa masalahnya.
Fokus kepada masalah yang timbul. Ia lebih mudah untuk anak faham apa masalahnya yang sebenar. Sukar untuk anak melihat apa yang perlu mereka lakukan sekiranya kita menyalahkan perangai atau personaliti mereka.
Apabila kita menyatakan kepada mereka apa masalahnya, ia akan membantu mereka memikirkan apa yang perlu dilakukan. Jika menyerang personaliti, ia akan membantutkan fikiran mereka dan menambahkan kesedihan.
Contoh:
Daripada: Ahmad, Kamu ni memang keras kepala. Nak tunggu rumah banjir baru berhenti main air?
Gantikan kepada: Air sudah hampir melimpah keluar, Ahmad.
2. Beri informasi
Berikan informasi adalah jauh lebih mudah dari memberi hukuman melulu. Ini juga akan memudahkan mereka mendapatkan idea menyelesaikan masalah. Sekaligus ia membantu menajamkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Berikan informasi adalah jauh lebih mudah dari memberi hukuman melulu. Ini juga akan memudahkan mereka mendapatkan idea menyelesaikan masalah. Sekaligus ia membantu menajamkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Bayangkan jika kita terus menerus menghukum kesalahan tanpa melalui proses ini. Kita sebenarnya membantutkan proses pembelajaran mereka dan menambahkan kebingungan anak.
Apabila kita memberi informasi kepada anak, sebenarnya kita memberi HADIAH bermakna buat KEHIDUPAN mereka. Ia berguna sepanjang kehidupan. Memberi informasi ini amat mudah sekiranya dibandingkan dengan memberi kan kata-kata yang amat menyedihkan anak. Mereka bukan sahaja rasa bersalah, tetapi TERLUKA. Usaha kita juga menunjukkan kita memberi kepercayaan kepada mereka.
Contoh 1
Daripada: Kenapa tak simpan semula susu dalam peti ais ni? Dah banyak kali dah cakap . Tapi tak dengar dengar juga.
Gantikan kepada: Ahmad, susu kalau duduk diluar, akan jadi basi.
Nyatakan dalam 1 perkataan
Anak-anak tidak suka kepada bebelan yang panjang lebar. Cuba kurangkan sebanyaknya atau hanya 1 perkataan. Banyak situasi membuktikan perkataan yang sedikit, memberi impak yang LEBIH BERMAKNA. Selain dari menjimatkan masa, tenaga.
Contoh:
Daripada: Ha, asyik letak stoking merata-rata. Nanti esok hilang, tak payah pakai pergi sekolah
Kepada: Ahmad, STOKIN ( sambil menunjukkan stoking Ahmad)
Jelaskan apa yang anda rasai:
Elakkan daripada memberi serangan kepada tabiat atau karekter anak. Sebaliknya, fokus kepada bagaimana perasaan kita terhadap isu yang di bawa. Dengan berbuat demikian, kita sebenarnya menunjukkan isi hati kita tanpa kita MELUKAKAN mereka.
Contoh 1:
Daripada: Kan dah kata ! Jangan lari di dapur!
Gantikan kepada: Sayang, di dapur ada banyak barang tajam dan panas. Mama RISAU kalau kena adik adik
Tuliskan nota:
Percayakah anda, kadang kala, menulis nota kepada anak boleh menjadi cara yang sangat efektif? Ramai anak-anak suka apabila mendapat ‘surat cinta’ daripada kita, tidak kira samada mereka sudah pandai baca atau belum pandai baca.
Anak yang kecil, mereka sangat teruja mendapat sesuati yang bertulis dihantar kepadanya. Dan mereka juga teruja untuk membalasnya. Bagi anak yang lebih meningkat usianya, mereka rasa kita mengambil perhatian untuk mereka kerana usaha kita meluangkan masa untuk ini.
Contoh nota:
Surat Untuk Anak-anak:
Sesi bercerita pada jam 8.30 malam
Semua anak yang berpakaian baju tidur dan gigi bergosok
dijemput
Salam Sayang, Mama dan Abah
Semoga kupasan ini membantu kita semua meraih kerjasama dari anak. Apa yang penting adalah kita cuba dahulu dan konsisten. Mudah-mudahan, kebiasaan ini membuahkan hasil LUAR BIASA