Thursday, November 5, 2015

boBoY?!

Beri ruang : lepaskan tenaga lebihan. 
Terlalu banyak masa diluangkan di dalam ruang tertutup adalah tidak sihat untuk mereka. Tingkahlaku mereka lebih senang diurus bila tenaga lebihan mereka dapat disalurkan ke tempat yang sepatutnya.
Menikmati alam semula jadi :
Wujudkan ruang dan peluang untuk mereka melihat alam semulajadi yang luas terbentang. Ia merupakan terapi yang menyembuhkan jiwa mereka. Secara tidak langsung, membantu mereka mengurus emosi.
Galakkan mereka berbangga dengan usahanya: 
Kenal pasti satu cabaran yang dapat membuka jalan yang membolehkan anak lelaki meraih beberapa kejayaan kecil tetapi berterusan. Ia jauh lebih bermakna daripada kita menanti kejayaan besar sahaja. 
Tingkatkan kepercayaan mereka
Fikirkan perkara yang boleh dilakukan untuk kuatkan kepercayaan antara anda & anak lelaki anda. Kepercayaan kita amat berharga buat mereka. Kita adalah sumber inspirasi utama mereka.
Elakkan Ulangi Kesilapan
Bila tersilap langkah, fikirkan cara yang boleh mengelakkan anda ulangi kesilapan bagi membina kepercayaan yang teguh dengannya. Secara tidak langsung, mereka belajar bagaimana mengurus cabaran dalam kehidupan. 
Jangan ambil hati
Jika anda cuba berbual dengan mereka & perbualan itu tidak selancar kita mahukan. Cuba lagi lain kali.
Cari cara kreatif
Cara yang pelbagai untuk menyuruh dia membuat perkara yang dia perlu buat tapi tidak disukainya. Kadang kala, hanya dengan mengubah intonasi, ia sudah membawa perubahan luar biasa dan sangat besar.
Mengganti perkataan
Gantikan kata menghukum dengan kata-kata galakan. Bila kita mula menghukum, kita melatih mereka menjadi defensif, secara tidak langsung. Lama kelamaan, apabila kita mula bersuara, mereka sudah terus lari atau tidak mahu dengar.
Adil
Pastikan anda tidak terlalu berat sebelah antara bersikap lembut dan keras kepadanya. Ia tidaklah semudah yang kita sangka. Tetapi, latihan demi latihan kita mengawal emosi dan berdamai dengan hati kita sendiri, akan membantu menjayakan usaha anda.

http://www.naluriparentingcafe.com/books/76-anak-lelaki-kool-hebat-.html