Monday, February 24, 2014

tiDuR aNak yanG cuKuP


Sekarang ini manusia semakin kurang tidur. Kesibukan melampau
menyebabkan manusia tidak ada masa yang cukup untuk tidur.
Tidur adalah antara elemen yang penting dalam kehidupan kerana
ia akan memberi kesegaran kepada minda dan fizikal kita.

Oleh itu, ajari anak untuk mendapat tidur yang cukup supaya
mereka akan membesar dalam keadaan yang segar. Tidur yang cukup
juga mengajar anak untuk lebih berdisiplin dalam kehidupan.

Masa tidur anda juga penting kerana tidur yang cukup akan
menjadikan kita segar dan sudah tentu akan menjadikan kita sebagai ibu bapa
yang lebih baik.

Masa tidur untuk anak-anak adalah berbeza mengikut umur mereka.

Berikut adalah panduan masa tidur yang anda perlu ketahui:

Usia setahun – tidur 10 – 16 jam sehari.
1 hingga 3 tahun – tidur  10 – 13 jam sehari.
4 hingga 6 tahun – tidur yang cukup dari 10 hingga 12 jam sehari.
7 hingga 9 tahun – tidur yang cukup 10 jam sehari.
10 hingga 12 tahun – tidur yang cukup 9 jam sehari.

Remaja – Memerlukan tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam sehari.

Masa untuk tidur pada setiap malam adalah ideal 8 jam sehari.
Selebihnya anda perlu bagi ruang untuk anak tidur pada waktu petang.
Ajar anak untuk tidur pada waktu yang betul. Waktu untuk tidur
bergantung pada pukul berapa anda mahu mereka bangun.

Temani anak ketika mereka hendak tidur. Kadang-kadang mereka
tidak mengantuk dan memerlukan ransangan untuk tidur. 
Bagi anak kecil, temani ketika dia hendak tidur. 
Bagi remaja, jika mereka rasa tidak mengantuk, mungkin anda boleh menyuruh mereka untuk membaca sesuatu sebelum tidur.



http://www.didikanak.com/