Saturday, May 1, 2010

aLfatihAh...

kmi dikjutkn ngn brite kmatian moksu... x ckp bnyk, trs grk ke pngkor ler... rse ckup mudah prjlanan kmi ke sane. da ler x perlu seberang ngn bot. ruper nyer, arwah simpan @ surau depan umoh sewa nyer jer. x der terkejor2 kmi nk ke pulau lak...
-
well, oleh krn kmi x smpt blk pun mse arwah ngh sakit2 ari tu, ppa dpt gok peluang tgk arwah 4 de last tme mase lam liang... lega gak aku rse. x der ler rse ralat sgt. nway, x sangka arwah pegi dlm usia yg mude cam nier, kannn... pe2 pun, moga2 dicucuri rahmat hendaknye...
-
x byk kenangan aku ngn arwah sbb duk jauh... sgt jarang bjumpe. kawen pun ppa blk srg ke pangkor ari tu... ank2 arwah pun aku x knl yg mne se. even ari tu ler aku 1st tme jupe ngn somi arwah... nmpk sugul nye somi arwah. x leh byg cam ner perasaan nye keilangan isteri tersayang, kan.
-
sblm btolak blk ke ktn, pagi2 tu kmi dikejutkan lagi ngn brite kematian. kali nier adik beradik aboh ppa lak. yg nie adik beradik mak ppa. berturut ari ppa kehilangan mak sedare n pak sedare. but, yg penang ni kmi x blk ler... jauh lagi klu nk blk pun. ngn ppa yg da mule 'sakit blkg' da. rsau gak aku... aku boley je nk drv blk, tkut ppa jer x sanggup jga qsya!
-
cte psl 'sakit' arwah moksu... aku xnak cter pnjng, ckup ler kte sekadar berkongsi crite misteri nie bersama n amik iktibar tas pe yg terjadi... :
-
Apakah yang dikatakan dengan nama Santau. Santau adalah merupakan racun yang digunakan untuk mendatangkan kemudharatan kepada musuh secara senyap dengan menggunakan bantuan jin. Ianya mengunakan kaedah sihir. Ianya adalah satu kaedah syirik kepada Allah dan hukum kepada pengamal santau ini adalah haram. (Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk kembali ke jalan yang benar).
Biasanya bahan-bahan untuk membuat santau adalah terdiri dari benda-benda berbisa dan beracun, seperti kaca, rambut dan sebagainya. Rawatannya adalah dengan ayat Quran mengeluarkan racun santau dari badan dan juga menawarkan racun ini dengan menggunakan ramuan pokok dan akar kayu.
Diceritakan racun-racun santau yang berada di dalam badan hendaklah dikeluarkan, kerana sekiranya ianya kekal di dalam badan maka penyakit biologi akan terhasil seperti sakit dada, kanser paru-paru, kanser buah dada dan bermacam-macam lagi.

Sesungguhnya santau adalah sihir dipraktiskan oleh manusia dengan bantuan jin, maka sudah pasti ada kelemahan pada mereka ini. Setelah meneliti kes santau semenjak 1991 didapati mereka jin yang menghantar santau ini mempunyai kelemahan-kelemahan yang ketara.

Manusia yang menjadi mangsa santau sebenarnya dapat melawan penyakit ini dengan menggunakan hembusan nafas dan zikir pada Allah. Setiap serangan yang dirasai, pesakit hendaklah menarik nafas dan menahan nafas buat seketika. Pada masa tahan nafas, di hati sebutlah nama Allah, ingat padaNya, Dialah penyembuh yang Maha Bijaksana lagi Perkasa. Fikiran mesti fokus kepada Allah.

Pada kaedah psikologi, fikirkan penyakit ini adalah nikmat pemberian Allah. Kerana Allah mendatangkan sakit kepada kita, syukur dan syukur tanpa merasai sakit kita tidak dapat mengenali Allah dengan lebih erat. Bila sakit datang, kita akan mengingati Allah. Itu adalah satu nikmat yang sukar diperolehi oleh sesiapa jua.
Mereka yang mengidap penyakit santau hendaklah mendekati diri kepada Allah. Sesungguhnya, sakit adalah tanda kasih Allah pada hamba-Nya. Syukur, mudah-mudahan Allah akan mengampuni dosa kita yang lampau dan menaikan makam diri kita kepada orang-orang yang bertaqwa, sabar dan beriman. Insya-Allah.
alFatiHah....