Saturday, August 22, 2020

InGataN utK diRi seNdiRi

Antara nasihat yang dapat saya sunting ketika ziarah orang soleh di awal tahun.

1. Beliau tekankan supaya jangan pernah meninggalkan solat TAHJUD.

Kerana orang yang solat tahjud akan disayangi oleh Allah.

Apabila Allah sayang, segala makhluk akan kasih pada kita.

2. Ketika hidup ini, berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi set pakaian lengkap kepada orang yang tiada pakaian (orang susah).

Kerana Esok diakhirat kita semua telanjang, siapa yang beri pakaian pada orang yang susah, maka esok dia akan di beri pakaian yang menutup segala anggota tubuhnya.

3. Sedekah kepada faqir miskin.

4. Sedekah untuk kedua orang tua kita.

Kerana sedekah adalah amalan yang sangat besar di sisi Allah dan dapat menutup pintu neraka buat kita.

5. Suami isteri jangan pernah bertengkar.

Kerana apabila suami isteri bertengkar, Allah menutup rapat pintu rezki nya dan dia akan merasa susah serta sempit dadanya.

Isteri kena hormati suami, percaya pada suami, sayang menyayangi.

6. Dalam hidup ini, kena sayang semua orang.

7. Banyakkan berselawat kepada Baginda NabI ﷺ.

Kerana diakhirat nanti kita sangat memerlukan SYAFAAT nya.

Beliau kata diakhirat nanti, kita nak Nabi kenal kita. Nabi melambai tangan sambil senyum pada kita pun jadilah.

8. Banyak kan solat sunah.

9. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita dapat.

10. Dengan Allah kita tak boleh Ragu-Ragu.

Mesti kena yakin dan mantap.

11. Perkemaskan ilmu tauhid.

12. Banyakkan zikir TAHLIL.

13. Banyak bertasbih, memuji Allah dan beristighfar.

Minta ampun sungguh-sungguh pada Allah.

Satu dosa yang kita lakukan, khususkan untuk minta ampun dosa tersebut.

14. Jangan memandang rendah pada orang lain.

15. Didik anak-anak kita baik-baik.

Kerana apabila kita mati, kita MEMERLUKAN DOA mereka.

Indahnya ziarah orang soleh.

Kata-kata mereka menghidupkan hati yang mati.

Ya Allah, sambungkan hati kami dengan hati hamba-hambaMu yang soleh.

Abu Dzar Omar
3 Muharram 1442