Saturday, September 2, 2017

dOa aRaFaH


*DOA ARAFAH*

Hari Arafah
9 Zulhijjah 1438H
31 Ogos 2017

_Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah?_

_Berikut adalah beberapa cadangan doa' yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, In Sha Allah:_

*01*. Ya Allah, kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari azab api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

*02*. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

*03*. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.

*04*. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus Mu.

*05*. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

*06*. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

*07*. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

*08*. Ya Allah, Terimalah amalan baik kami dan tingkatkan pahala dan Rahmat untuk kami. Padamkan dosa-dosa kami dan ampunkan kami sepenuhnya. Limpahi RahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.

*09*. Ya Allah, apabila kami mati, biarlah jiwa kami dan rekod amalan kami menjadi amalan tertinggi yang diterima.

*10*. Ya Allah, kurniakan kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak-anak kami bimbingan, Ketabahan dan Keimanan yang Kukuh.

*11*. Ya Allah, masukkan kami dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naunganMu pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

*12*. Allahhumma Ya Rabb, Tingkatkan keyakinan dan tawakkal kami padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaan kami dalam keEsaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

*13*. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaan kami  untuk Mu dan Nabi  kami Muhammad SAW.

*14*. Ya Allah, ampunilah kami dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

*15*. Ya Allah, berilah kami lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

*16*. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niat kami hanya untuk Mu semata dan lindungi kami dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan kami dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk, riak dan mengungkit-ungkit nikmat yg engkau berikan.

*17*. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan kami sendirian. Berkati kami dengan pasangan2 yang sesuai dan anak-anak cucu yang akan menjadi penyejuk mata kami.

*18*. Ya Rabb, jadikanlah kami dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu. Jadikanlah anak-anak kami patuh & taat pada ibubapa mereka.

*19*. Ya Allah, Selamatkanlah kami & zuriat kami dari keburukan Fitnah Dajjal, Fitnah Akhir zaman, Fitnah Kubur & Fitnah diMahsyar.

*20*. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

*21*. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal khair & Sedeqahtul Jariah.

*22*. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

*23*. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

*24*. Ya Allah, Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

*25*. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuran kami semata-mata kepada Mu.

*26*. Ya Rabb, selamatkan kami & zuriat kami dari kemunafikan.

*27*. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku serta zuriat kami menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

*28*. Ya Allah, lindungi kami dari gangguan manusia yg jahat, syaitan  dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat buruk mereka.

*29*. Ya Allah, Ampuni dan berilah Rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

*30*. Ya Allah, aku memohon daripadamu agar dikurniakan bimbingan kepada seluruh pemuda, pemudi  dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

*31*. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan keasyikkan tidur. Semoga aku dapat istiqomah bangun bertahajjud dan solat subuh berjemaah setiap hari.

In Sya Allah. Moga dpt dimenafaatkan & share to others.

🌺🌹✅