Wednesday, July 20, 2016

aDe pE ngAn beNDi


✔Mencuci hati
✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah
✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar
✔Membantu meng
elakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit, terutama dalam kalangan warga tua
✔Membantu
pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa
✔Membantu
merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi
✔Sifat yang beralkali membantu
meneutralkan asid dalam badan, sekali gus membantu mengurangkan masalah penghadaman
✔Membantu
mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong dan kesakitan pada dubur
✔Air rebusan bendi boleh
mengenyahkan toksik, di samping menstabilkan paras gula dan mencegah diabetes. Rendam dua batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air selama semalam. Pastikan gelas ditutup. Amalkan minum air rendaman tersebut selama 2 minggu sebelum sarapan kerana dikatakan mampu memberikan hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak, iaitu menguatkan daya ingatan dan kecergasan.
✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi yang direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit kornea dan sifilis.
✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat untuk merawat sakit kerongkong.
✔Lendir kacang bendi pula boleh digunakan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.
✔Biji bendi yang matang juga berpotensi untuk diproses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses untuk dijadikan bahan minuman seperti kopi.
✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, manakala daun yang tua boleh dijadikan sebagai bahan kraf tangan yang cantik.