mudah hadam. bantu proses pencernaan jugek! bertindak as tonik utk tumbesaran kanak2. juga baik utk ibu menandum dan ibu menyusu. betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita.
kta halusi khasiat dan kelebihan betik :-
Mengubati sembelit dan buasir
- dapat membantu membunuh kuman
- sebagai penawar buasir berdarah
- membantu penghadaman dan membekalkan pelbagai vitamin utama utk tubuh badan
Mencegah batu karang
- melawaskan pembuangan air kecik
Sebagai tonik tambahan
- tambah tenaga badan dan sumber pembersih perut
- campurkan ngn susu o madu boleh menjadi sumber kekuatan kpd yang sakit serta ibu yang menyusu bayi
Mengubati sakit-sakit otot
- daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot bila dilekapkan pada bahagian yang sakit
- mengubati sakit sendi dgn meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis
Merawat masalah kulit
- masalah jerawat o kedutan, hancurkan buah betik dan tampal macam maskara setengah jam sebelum mandi
Mengubati tumit pecah-pecah
- boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit
- buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah
Ulam-ulaman
- pucuk daun betik muda sering direbus untuk dijadikan ulam
- air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan angin
- buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu
Merawat Hemoroid
- Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.
- boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
Kaya dengan vitamin C
-mempunyai kandungan serat yang tinggi
- juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin
Kaya dengan vitamin A
- kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium
- nutrien -nutrien penting dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri
Melembutkan daging
- daun betik digunakan untuk balut daging masa memanggang dapat melembutkan daging tersebut
Mengubati ketumbuhan dan hipertensi
- digunakan untuk mengubati ketumbuhan
- pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi
Kurangkan berat badan
- dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan
- menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda
Merawat denggi
- Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi
Menyingkirkan cacing kerawit
- Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak.
- dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut
- ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
Legakan sakit gigi
- Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
Menghentikan pendarahan
- Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
Mencegah penyakit kandung hempedu
- boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu
Mengurangkan keradangan
- mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar
- berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus
- buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik.
- Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.
Membantu peredaran haid yang teratur
- Buah yang belum masak elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur
- Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.
Merawat sirosis hati
- Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain
- Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.
Merawat penyakit tekak
- Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain
Penawar masalah limpa
- Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran.
- Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini.
- Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.
Resepi Jus Biji Betik
Ada 2 cara penyediaan :
Pertama : Biji betik itu dikisar dan disajikan seperti kita membuat jus.
Kedua : Keringkan biji betik , kemudian kisar menjadi serbuk. Bancuh serbuk seperti membancuh kopi.
Untuk cara kedua:
1. Cuci biji betik, lantas jemur 2 hingga 3 hari.
2. Setelah kering, kisar atau tumbuk biji betik tersebut hingga jadi serbuk.
3. Ambil satu sudu teh serbuk dan campur dengan satu gelas air hangat. Boleh dicampurkan dengan madu atau sedikit gula agar rasanya lebih nikmat.
4. Jika sukar untuk minum dengan cara di atas, campurkan serbuk biji betik tersebut dangan buah betik dan minum 1 hingga 2 gelas jus ini setiap hari.
Kesannya ia dapat menurunkan berat badan dan paras kolesterol dalam darah.