da lupe plok nok copy gambo! agak2 leh bayang dop guaner erkkkk... ahaksssss!!!
Bahan A:
500gm cream cheese (saya guna tatura)
1 tin kecil susu pekat
Bahan B:
2 bungkus roti cheese khong guan
Cheddar cheese (diparut)
Cara membuatnya:
Bahan A dipukul sampai berkrim.
Sediakan loyang/bekas dan dilapik dgn kertas minyak.
Susun roti cheese dalam loyang.
Masukkan adunan cheese sedikit demi sedikit dan ratakan.
Ulang proses susun roti dan masukkan adunan cheese sehingga habis.
Lapisan cheese yg terakhir. Taburkan cheddar di atas lapisan cheese.
Masukkan dalam peti sejuk semalaman, barulah boleh dipotong