Thursday, May 1, 2014

FEqH WaNItA

mohon pendapat sahabiah sekalian... mohon kesabaran utk bace ringkasan yg pnjg tntg fiqh mar'ah....fardhu ain ke atas dri kita...


 (Ringkasan Seminar Abg, Long )

Assalamualaikum.
Disini saya ringkaskan maklumat yang saya dapat dalam seminar Fiqh Wanita yang saya hadiri di sini (Mu'tah Jordan) yang disampaikan oleh Saudara Firdaus.
Apa yang baik datangnya dari Allah...
Mohon diperbetulkan apa yang salah dan ditambah maklumat yang tertinggal.
Jangan diambil ringan tentang perkara ini, lelaki mahupun wanita perlu untuk mengetahuinya.
Sampaikan kepada ibu/isteri/kakak/adik perempuan kita.
Bagi kaum wanita, penting untuk kita 'tanda' tempoh haid kita... Jangan main-main dan ambil tak endah sahaja.
Moga segala ibadah kita diterima Allah dalam keadaan diri kita suci dari hadas...
Wallahualam...

PERMASALAHAN HAID + NIFAS 4 MAZHAB 
(Hanafi,Maliki,Hambali,Syafie)
Fiqh Wanita adalah ilmu Fardhu Ain (wajib keatas diri setiap wanita Islam untuk mempelajarinya).
Jika seorang wanita ingin keluar daripada rumahnya untuk belajar ilmu fardhu ain tidak wajib baginya untuk meminta izin suami.
Jika suaminya tidak mempunyai ilmu dalam bidang tersebut HARAM si suami untuk menegah isterinya keluar untuk pergi belajar ilmu fardhu ain itu.
Jika suami mempunyai ilmu tersebut,

WAJIB ke atas suami untuk mengajar isteri mempelajari ilmu itu.

Ibu/bapa wajib mengajar anak-anak perempuan seawal umur 9 tahun untuk mempelajari Fiqh Wanita.
Jika Ibu/bapa/suami tidak mampu untuk mengajarkan kepada anak/isteri tentang ilmu ini, maka WAJIB ke atas mereka mengupah/menghantar anak/isteri mempelajari ilmu itu.

HAID Terbahagi kepada dua perkara :
1- Al-Mubtada'ah : Orang yang baru mengenal haid
2- Al-Mu'taadah : Orang yang sudah mengenal haid
terbahagi kepada dua : 

- Marrah wahidah : Haid yang teratur 
(contoh : setiap bulan 7 hari)

-Intizomiah : Haid yang mempunyai sistem 
(contoh : setiap bulan bertukar , bulan 1 : 7hr, bulan 2 : 5hr, bulan 3 : 6hr, bulan 4 : 8hr , dan bulan ke 5 dan akan datang berulang semula 7hr, 5hr, 6hr, 8hr).

TEMPOH HAID PENDAPAT 4 IMAM
IMAM HANAFI :
Paling Kurang : 3 hari

Pertengahan : 5 hari
Paling Lama : 10 hari

Waktu Suci : 15 hari
IMAM MALIKI :
Paling Kurang : Setitik darah

Pertengahan : 7/6 hari
Paling Lama : 15 hari

Waktu Suci : 15 hari
IMAM SYAFIE :
Paling Kurang : 1 hari (5x solat fardhu)

Pertengahan : 7/6 hari
Paling Lama : 15 hari

Waktu Suci : 15 hari
IMAM HAMBALI :
Paling Kurang : 1 hari (5x solat fardhu)

Pertengahan : 7/6 hari
Paling Lama : 15 hari

Waktu Suci : 13 hari (2 hari syak, iaitu jika hari ke 14/15 ada darah, ia dikira haid)

TEMPOH PENGIRAAN HAID SEBENAR
1- Jika setiap bulan tempoh haid contohnya 7 hari, maka itulah tempoh haid sebenar. Jika bulan yang akan datang tiba-tiba tempoh haid berubah kurang dua hari, maka hari ke 6 atau 7 itu masih dikira waktu haid.
2- Jika setiap bulan tempoh haid contohnya 7 hari, tiba-tiba bulan yang seterusnya tempoh bertambah 2 hari iaitu hari ke 9 dan ke 8.. Ia dikira darah istihadhah.. bukan darah haid..
3- Tempoh haid boleh berubah jika berlaku pertambahan hari sekurang-kurangnya 2x / 3x berturut-turut tempoh haid tersebut bertambah
Imam Hanafi : 2x

Abu Yusuf : 1x
Imam Syafie : 3x
Imam Maliki : 2x @ 3x

Contoh Berubah Tempoh Haid : (saya amik yang 3x)
Bulan yang asal : 7 hari

Bulan seterusnya : 10 hari (7 hari dikira haid dan 3 hari dikira istihadhah)
Bulan seterusnya : 10 hari juga (7 hari dikira haid 3 hari dikira istihadhah) 
Bulan yang seterusnya :10 hari juga ( 7 hari haid + 3 hari haid = 10 hari haid * tempoh bertukar dari istihadhah kepada haid)


NIFAS
1- Selepas melahirkan anak yang pertama, cara menentukan darah haid atau nifas, ikut kiraan mudah iaitu 40 hari darah nifas, 15 hari tempoh suci. Maka jika keluar darah setelah 15 hari tempoh suci itu dikira darah haid.
2- Cara pengiraan tempoh haid sama sahaja seperti kiraan tempoh semasa sebelum berkahwin/mengandung.

MUTAHAIYIRAH
Adalah bermaksud wanita yang tidak tahu tempoh haidnya yang sebenar.
Dia tidak tahu \ tidak ingat bahawa tempoh haidnya setiap bulan teratur ataupun tidak, berapa lama 7 hari ataupun lebih, dan tempoh sucinya pun ia tidak tahu.Maka wanita sebegini termasuk golongan mutahaiyirah iaitu sentiasa dalam keadaan berhadas besar (tidak bersih)
Wajib setiap kali ingin menunaikan solat fardhu untuk wanita ini mandi hadas.
Haram bagi si suami untuk mendatangi isterinya pada ketika ini, dan haram bagi wanita ini untuk membaca al-Quran diluar solatnya.
Wajib keatas perempuan ini untuk solat dan puasa ramadhan.
Puasa Ramadhan, wajib untuk ia puasa dan ganti sebulan puasa selepas bulan ramadhan tersebut dengan sempurna. Jika dia telah ingat tempoh haidnya, maka wajib menggantikan puasa itu semula.

INFO (permasalahan)
Darah yang keluar bukan dalam tempoh haid bukanlah dikira sebagai darah haid (iaitu darah yang keluar dalam tempoh waktu suci dikira istihadhah). Darah yang keluar tidak cukup 5x waktu solat fardhu tidak dikira sebagai darah haid. 
Contoh : subuh ada, zohor tidak ada, asar tidak ada. Mandi wajib dan wajib qadha' solat zohor dan asar.

Jika seorang wanita itu tidak ingat waktu tempoh haid dia yang sebenar, haram baginya untuk bersetubuh dengan suami sehinggalah ia ingat tempoh sebenar waktu haidnya.
Wajib bagi seorang wanita yang terlupa tempoh haidnya untuk puasa pada bulan Ramadhan dan qadha' puasa sepanjang tempoh yang ia terlupa dan wajib qadha' semula puasa tersebut setelah ia ingat tempoh haidnya.
Suami HARAM jatuhkan talak kepada isterinya yang sedang haid, tetapi tidak haram jika jatuhkan talak dalam semasa isterinya tidak ingat tempoh haidnya.
Suami mengeluarkan airmani menggunakan tangannya sendiri, lebih baik daripada mendatangi isterinya yang sedang haid
Suami yang mendatangi isterinya yang belum mandi hadas, tetapi haidnya sudah kering,dibolehkan.