Tuesday, January 28, 2014

peTua tMBah suSu baDaN

Selalunya ibu-ibu cukup risau jika susu badan semakin berkurang. Semakin membesar anak, semakin kurang susu yang ada. Namun sebenarnya ada beberapa petua tradisional yang boleh menambahkan susu badan ibu. Antara yang paling mudah diamalkan adalah: 

:. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara. Lakukan setiap hari.


:. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
:. Parut lobak putih dan kisar halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
:. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam.

1.      Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2.      Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3.      Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4.      Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,

5.      Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

http://vitaminsite.blogspot.com/2013/09/petua-menambah-susu-ibu.html


selain perkongsian di atas kte boley juga :- 

makan sup tulang lembu
mnm soya
makan sayur sawi (oppsssss... hok nie aku x brape nak ler beb!)
teh ijau (bapok dop beh nye)
brokoli (sayur mahal gini aku makan ler... ahakssssss!)
kurang kan kafein (mujur dop mnm nescafe doh le ning)
ikan masak stim (macam behhh jer!)
air longan yg direbus ngn kurma merah