Pertama, anak-anak memang suka berseloroh, bermain-main bersama dan adakalanya akan berakhir dengan perkelahian dan jerit-pekik. Ini adalah biasa bagi kanak-kanak yang sedang belajar bertolak-ansur. Jika tidak keterlaluan, tidak perlu untuk campur tangan setiap keadaan. Namun, jika nampak mereka bertumbuk dan mula fizikal, maka perlu dileraikan dan dihukum jika sudah diberi amaran.
Bila menjalankan hukuman, jalankanlah dgn menjelaskan kpd mereka apa kesalahan mereka. Elakkan drpd terus menghukum. Tidak digalakkan memukul untuk anak yang di bawah 10 tahun, tapi boleh menggunakan hukuman lain seperti ‘Reflection Stool‘, taking away privilage atau marah yang membina.
Bila menjalankan hukuman, jalankanlah dgn menjelaskan kpd mereka apa kesalahan mereka. Elakkan drpd terus menghukum. Tidak digalakkan memukul untuk anak yang di bawah 10 tahun, tapi boleh menggunakan hukuman lain seperti ‘Reflection Stool‘, taking away privilage atau marah yang membina.
Pada masa lain, ambil masa untuk menerangkan pentingnya mereka bermain bersama dan tidak berkelahi. Ambil masa untuk mengajar mereka erti bertolak-ansur. Jangan hanya mengatakan mereka perlu bertolak ansur itu sahaja. Jelaskan, apa erti perbuatan itu, apa natijahnya dan dsb. Beri mereka faham, jika mereka bergaduh di rumah atau terutamanya di rumah orang lain anda tidak akan membawa mereka ke rumah orang lain. Mereka perlu belajar bermain dengan baik dan bertolak-ansur, share and take turn. Sebelum membawa mereka ke rumah org lain, pastikan anda telah memberi mereka boundaries.
Boundaries sangat perlu supaya mereka tahu apa yang mereka boleh buat dan apa yang tidak. Jadi bila mereka melanggar boundaries itu, tidak perlu banyak bercakap, boleh terus jalankan hukuman yang telah diberitahu hendak dijalankan.
Contoh boundaries – Mereka boleh ikut anda ke rumah kawan anda dan bermain dengan baik. Jika mereka bergaduh dan menjerit-jerit. Anda akan ambil mereka dan terus bawa balik dan tidak akan bawa mereka lagi sehingga mereka belajar untuk behave.
Contoh bounderies – Kita nak pergi kedai. Setiap orang hanya boleh beli satu toy yang harganya dibawah RM10. Jika mahu lebih, kena guna duit sendiri. Kita hanya akan berada di kedai itu sampai pukul 4 ptg atau 1 jam. Tunjukkan jam untuk mereka faham. Jika mereka akur, mereka boleh pergi lagi lain kali. Jika mreka tidak akur, maka mereka tidak akan merasa pergi ke kedai itu lagi.
Yang penting, bila sudah set boundaries, kita juga mesti ikut. Jika mereka melanggarnya, maka anda perlu mengambil hukuman yang telah dipersetujui. Anak-anak perlu diajar kesan perbuatan dan pilihan mereka. This teach them to be responsible and learn to take ownership.
Seperkara yang perlu ibu ingatkan di sini. Bila kita tidak mahu anak-anak bergaduh, janganlah pula expose mereka kepada suasana bergaduh. Contohnya di TV, atau game atau kita suami isteri sendiri, janganlah bergaduh di hadapan anak-anak. Harap ini membantu.
Gentle parenting - atau Keibubapaan Lembut dan berhemah bukan bermaksud lembik dan mengikut sahaja kehendak anak. Tetapi memberi anak-anak rasa dihormati dan dikasihi, kerana cara kita menegur dan membetulkan mereka itu penuh kasih dan tegas.