Wednesday, September 18, 2013

paKCik gOOGLe caKAp...


semlm da bukak n3 psl puting yg melecet. huwaaaaaa... sakittt maaa! bila dah jadi macam ni, mula kelam kalut nak cari info macam mana nak solving de pblm nehh. sooo... ari nie bru dpt berenang renang kat lautan tenet cz streamyx bru jer pulih dri kecacatan. ihiksssss... korek korek copy n paste dan segala bagai, pakcik google kate punce nye...: 


[sharing dari blog kngkawan...]
Penggunaan BreastPump
     i. Tahap sedutan pam yang terlalu kuat

  • Kekuatan sedutan pam seharusnya ditetapkan pada tahap yang selesa. Caranya; Naikkan tahap kekuatan sedutan sedikit demi sedikit. Sekiranya kita sudah mula terasa sakit, itu bermakna sedutan pam sudah terlebih kuat dan ini akan mencederakan puting. Undurkan sedikit tahap kekuatan pam, dan itulah tahap kekuatan pam yang sesuai dan selesa untuk kita.
    ii. Saiz corong yang tidak sesuai
  • Saiz yang terlalu kecil akan menyebabkan puting dan sebahagian areola tersangkut di dalam corong dan ini akan menyebabkan kesakitan. Sebaik-baik corong ialah corong yang membolehkan puting dan areola bergerak bebas di dalam.
    iii. Pam terlalu lama
  • Pam secara berterusan lama boleh menyebabkan trauma pada puting. Dicadangkan pam 10minit untuk setiap breast. Jika susu masih tidak dikeluarkan sepenuhnya dalam masa 10minit itu, boleh diulang kembali ke breast pertama selepas mengepam breast kedua. Senang cerita; Pam 10minit breast kiri, kemudian 10minit breast kanan, kemudian kembali 10minit untuk breast kiri dan seterusnya. Jika keadaan ini berlanjutan selama sejam, keadaan ini dikenali sebagai 'Power Pumping'.
Kedudukan bayi semasa penyusuan
  • Kedudukan mulut bayi yang salah iaitu cara bayi 'latch on' yang salah boleh menyebabkan kesakitan pada puting. Bayi sepatutnya menghisap pada bahagian areola dan bukannya pada puting semata-mata. Posisi menyusu bayi juga memainkan peranan dalam memastikan bayi 'latch on' dengan baik.
  • Selain tu, sebelum memulakan penyusuan, perah sedikit susu untuk mendapatkan 'let-down'. Ini untuk mengelakkan bayi hisap terlalu kuat untuk 'let-down'.
Puting kering
  • Puting yang kering sangat sensitif dan berisiko tinggi untuk mendapat luka apabila dipam atau apabila bayi menyusu. Cara mengatasinya ialah, sapukan susu badan pada bahagian areola dan puting dan biarkan kering secara 'air dry'. Cara ni memang sangat mujarab. Boleh juga sapukan medela purelan 100 (aku gune krim nier ler) atau nursing butter brand Palmer. nway better sapukan susu badan sebab natural, sedia ada, jimat kos dan senang dibersihkan untuk sesi penyusuan/pam seterusnya.
  • Untuk bersihkan puting sebelum penyusuan, pastikan guna tisu yang lembap kerana puting sangat sensitif.
  • Digalakkan memakai 'Breast Pad' atau 'Breast Shell' supaya puting tidak bergesel dengan bra.
Apabila puting luka dan berdarah ni perlulah kite :
  1. Hentikan pendarahan dahulu. Jika perlu keluarkan susu kerana breast terlalu penuh/engorged, keluarkan dahulu. Tetapi susu yang diperah itu (yang telah bercampur darah) perlu dibuang.
  2. Boleh juga sapukan Bepanthen Cream untuk sembuhkan luka.
  3. Sapukan susu badan pada puting dan bahagian areola sekerap yang mungkin. 
... kalu jupe info lain nti kte share sesama ler yer...