Wednesday, June 26, 2013

biSkuT teLuR reBuS 2013

Bahan² :
5 biji telur di rebus 
( ambil bahagian kuning sahaja )
2 cawan gula halus

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung maizena
1 cawan tepung kastad
2 cawan planta @ butter
( aku guna planta jer )
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur 
( untuk sapuan di atas biskut - hanya kpd mrk yg rajin sahaja yer!) 
badam hiris secukupnya untuk hiasan
( rajin sgt kah aku?) 

Cara² :
Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. 
Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.

Pukul lagi. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. 
Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.
Sapu telur dan hias dengan badam hiris. 
Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.

boley juga...
tambahkan tepung kanji untuk dptkan biskut yg lebey rangup n best ( sifu aku kate! ). klu lum bjaya nak terapkan adunan, tambah lagi tepung kanji sehingga boley diuli n diterapkan dgn acuan feveret kte yer! 

SELAMAT MENCUBA!!!