Wednesday, April 3, 2013

toGeY beRKHasiaT?!

jangan terkejut ble aku start nk bukak stori pasal togey. sbb sape2 yg da lama knl aku kompem tahu yg aku 'anti togey'. nway, ttibe lak rase dapat idea nk cakap pasal togey ble diminta jadi 'penceramah bebas' utk pgrm setiap senin @ BTM. se2kali terase jugok nk citer pasal somthng yg bukan kte nye bidang n kegemaran kte nie. kalu ade soklan pasal togey, kompem2 aku x leh jawab nie. but, its okey. juz to share bahan bacaan aku secara x sengaja last week. 
~  jommmm... makan togey ( ohh noooo....! )  ~
CEGAH KANSER
togey (ejaan sebenor nye = taugeh) terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa yang mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. salah satunya ialah kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas
BAIK UNTUK WANITA
togey juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi dalam meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). wanita yang makan togey secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus dan gangguan akibat menopaus
TINGKAT KESUBURAN
togey mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. pengambilan togey oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan
KURANGKAN LEMAK
pesakit berisiko mendapat penyakit strok dan serangan jantung adalah disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu togey dalam hidangan seharian. kandungan sumber di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik
BUANG KOTORAN
serat dan air berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. bila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun. sesungguhnya bahan beracun ini adalah merupakan pemankin kepada penyakit kanser  
LEBIH MUDA
togey sangat padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. secara tidak langsung, togey merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda dari usia sebenar
jom makan togeyyyyyy...!!!