Tuesday, April 30, 2013

kaKi keJanG!

da start 'sindrom' kaki kejang waktu subuh. aduhaaaiiiii... ngt kali nier da x kne kejang da. rupenya sama gak seperti thn2 dlu. fuhhh! x tertanggung rase. mmg kompem rase nk melompat terus dari katil. study sokmo doh punce n cara nk atasi kaki kejang nier. wat nye dop jugok. sekadar bce jer. pdn ngn muke tu! 


dari pembacaan ble tanye pakcik google... : 
Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil. Biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot yang membuatkan otot kita menjadi kejang. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengganggu waktu tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan ini tidak akan merosakkan otot betis.

Beberapa teori (http://cikjatt.blogspot.comtentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan ibu hamil. 
  • Uterus (rahim) yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki. Serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.   
  • Seperti mana berlari, bersukan atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot letih. 
Nak watpe:? 
  • SEGERA meregang dengan meluruskan kaki. Bermula dengan tumit terdahulu dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki
  • Urut otot kaki yang kejang dengan minyak panas. - mule ler terhingat kat mok esoh yg x pernah keing ngn bam buah pala nya!
  • Mandi dengan air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang
  • Berjalan untuk beberapa minit
  • Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
  • Elakkan tidur pada satu posisi dalam keadaan yang lama. Cari postur yang selesa dan tinggikan kedudukan kaki dengan bantal
  • Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki 
Rase2 nye jom try wat nie lak...: 

  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis beberapa kali sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam
  • Tinggikan kaki sewaktu tidur
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki bila duduk, @ tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV
  • Makan makanan kaya dengan kalsium
  • Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus