Tuesday, April 30, 2013

kaKi keJanG!

da start 'sindrom' kaki kejang waktu subuh. aduhaaaiiiii... ngt kali nier da x kne kejang da. rupenya sama gak seperti thn2 dlu. fuhhh! x tertanggung rase. mmg kompem rase nk melompat terus dari katil. study sokmo doh punce n cara nk atasi kaki kejang nier. wat nye dop jugok. sekadar bce jer. pdn ngn muke tu! 


dari pembacaan ble tanye pakcik google... : 
Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil. Biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot yang membuatkan otot kita menjadi kejang. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengganggu waktu tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan ini tidak akan merosakkan otot betis.

Beberapa teori (http://cikjatt.blogspot.comtentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan ibu hamil. 
  • Uterus (rahim) yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki. Serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.   
  • Seperti mana berlari, bersukan atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot letih. 
Nak watpe:? 
  • SEGERA meregang dengan meluruskan kaki. Bermula dengan tumit terdahulu dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki
  • Urut otot kaki yang kejang dengan minyak panas. - mule ler terhingat kat mok esoh yg x pernah keing ngn bam buah pala nya!
  • Mandi dengan air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang
  • Berjalan untuk beberapa minit
  • Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
  • Elakkan tidur pada satu posisi dalam keadaan yang lama. Cari postur yang selesa dan tinggikan kedudukan kaki dengan bantal
  • Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki 
Rase2 nye jom try wat nie lak...: 

  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis beberapa kali sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam
  • Tinggikan kaki sewaktu tidur
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki bila duduk, @ tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV
  • Makan makanan kaya dengan kalsium
  • Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus

'staTus' buaH aTi maMa @ 6th MntH

da bnyk kali terpandang gambo poster nie @ kmc tme g wat monthly check up @ KMC. tapi sokmo ler mcm ala2 segan gtu nk amik gambo. pd hal bkn ade pe pun. cuma aku jer ngade2 segan! ahaksssss... 
but dis tme aku tnye pakcik google jer. mujur ler pakcik google kate ade gambo yang aku nak tu. so, tu yg dapat nie. terus ajer aku terasa nk hpdate @ blog aku neh. sekadar perkongsian ilmu, kan! nothn' wrong, rite! 
sjer jer ler pun. sekadar ngisi masa lapang yg ade nie. boley tmbh ilmu gak, erkkkk... insya Allah
... bila masuk minggu ke 24, bayi mempunyai sifat yang lebih sempurna. Rambut, kening dan bulu mata mulai lebat. Kulitnya halus, sehalus kulit bawang. Bahagian tulangnya juga mengeras. Ukuran panjangnya ialah 25 cm (10 inci), sementara beratnya sekitar satu kilogram. 
... pergerakan bayi ketika ini adalah lebih cergas dan ketara sehingga boleh dilihat pada perut ibu. Ibu hamil semasa bulan ke 6 ini akan lebih kerap membuang air kecil, terasa lenguh dan bisa-bisa di bahagian kaki, sekitar belakang pinggang dan juga akan sentiasa berasa lapar.
... bila memasuki minggu ke 28, iaitu genap 7 bulan, bayi akan membesar sekitar 27.5cm     (11-12 inci) dan berat badannya meningkat sehingga 1.5kg. Kulit bayi kelihatan lebih licin. Kantung udara di dalam paru-parunya telah terbentuk. Bayi akan cukup sifat fizikal dalaman & luarannya. Sekiranya bayi dilahirkan ketika ini, insyaAllah selamat, lebih-lebih lagi sekarang dengan bantuan alat-alat pernafasan dan kepakaran doktor perbidanan di hospital. Seringkali ibu hamil 7 bulan mempunyai selera makan yang tinggi dan mengalami masalah kenaikan berat badan yang boleh menyebabkan bisa-bisa otot, pinggang, betis dan kaki. 
... kerapkali ibu mengalami kekejangan otot betis atau biasa disebut sebagai "tarik mengkarung". Terasa badan terlalu berat sehingga tercungap kerana pendek nafas dan bahagian ari-ari terasa berat & mencucuk-cucuk disebabkan kandungan yang sudah besar menekan bahagian faraj. 
... ibu hamil akan kerap membuang air kecil, kadangkala berlaku lelehan air kencing dan mulai tidak selesa tidur. Pergerakan bayi semakin cergas dan adakalanya akan berputar-putar. Dalam keadaan ini, ibu mengalami masalah pembengkakan vena atau kembang urat saraf. Ibu dinasihatkan jangan mengambil makanan dan minuman jenis sejuk atau makanan yang disejukkan kerana pada masa ini bayi masih dalam proses memperkuat pembentukan gigi dan tulang. 
... pusat ibu akan mulai tersembul apabila kulit perut semakin tegang. Sekiranya pada waktu ini ibu hamil sesekali terasa berlaku *rengat(rasa sakit kontraksi), tidak perlulah dibimbangkan. Walau bagaimanapun, andai kata *rengat kerap berlaku, antar 1-2 jam, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan rapi daripada pakar perbidanan

Monday, April 29, 2013

poSisi tiDuR yaNg beTuL n seLeSa

ble da masuk bulan yg ke-6 nier, haaa... senget da rase dunie. ahaksss! nk tido lena pun sgt ler ssh nye. opppsss... da amik tips dari laman web... hrp2 sgt ler membantu!

(xkan nk snap gambo aku ngh zz kot? ahakssss... bnyk model kat pasaran tenet tau. x caye, tnye pakcik google tuh...!) 


Pakar-pakar perubatan menganjurkan supaya selepas minggu ke 16 kehamilan, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi miring ke sisi kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih.

Ia disebabkan adanya vena besar (inferior vena cava) di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan.

Untuk tidur dengan posisi miring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha anda dan satu di punggung anda. Atau anda boleh mendapatkan bantal tidur yang khusus untuk ibu hamil.

12 Panduan Atasi Masalah Tidur
~~~~~

1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.

2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan tidur yang lena.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Ibu hamil kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, ambil makanan ringan tetapi berkhasiat.
4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu untuk tidur nyenyak.
5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.
6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata untuk terus kekal berjaga.
7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.
9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan bagi ibu hamil yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. 
:- Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur.
12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Wujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang waktu ibu hamil tidur.
~PAMA Julai 2012~

Sunday, April 28, 2013

wiT yaNie oFcoRs!

ade anok sch @ skac? isshhh ishhhh... dop tahu pung! ahakssssss... 
rindu kat masakan mok esoh dop setarang. alas perut wit nasi grg udang keing jer... laku jugok nyee...

HaNgaTkaN stDm!

Sportz dayz! Assunta sokmo ler carik pdg luas beno gni. Mklum ler. SKAC mmg xde ruang nk bsukan. So, kmpem ler merasa bsukan kat lam stadium darul makmur. Kelasssssss...! Menambah rase kepenatan tp ttp njoy... Thn nie aku handle derang keseorangan lagi... Ahakssssss!!!
mujur ade anty ya jadi teman....

Saturday, April 27, 2013

PiSanG raJa jeR?

Ble dibuat grg bogey, rupe nye tidak ler seenak ble pisang ngka digoreng bogey. X dpt gak ler memenuhi selera yg sepatut nye. Nth ble lar leh dpt pisang ngka nehh... Ssh gler nk carik pisang ngka erkkk! Mne nk carik nehh...
gi pasar pun lum tentu ade pisang ngka, kan?!

Friday, April 26, 2013

KeTupaT soTonG!

Baru sari tnggal umoh, selok doh rase nk mnm teh tarik mok esoh. Har5! Ari nie plok, blk dr kmc, ade ketupat sotong (pulut) tas meja. Pe lagi, baham terus ler. Baru ade selera konon... Ahaksss!
tme bnyk sotong, leh ler wat ketupat sotong nier. da agk lame gak x mkn neh, kan! feveret adik lie nie...

MeNu seHaRi @ kmC

Td da cter psl bkfes, kan... Haaa... Tgk ler menu dari pagi til dnr. Selera ler sgt. Pe2 pun  alhamdulillah, lps mgrib tadi doc bg gok 'chk out'. But, kne sambung rehat kat umoh plok. (xleh nk byg istilah rehat kat umoh)... Oppssss...!!!
menu bkfes - as seme da agak ler kan. roti n kacang merah + milo. pastu duk xpek org ngh sakit nie kne bancuh milo sendiri. da ler x bg sudu n k kacau air. so, guaner cter neh? (gune jari pun boleyyy...!) 
~~~
menu lunch - huwaaaaaaaaaa.... dapat togey!!! 
~~~ 
minum petang - wokey ler sket coz dapat kuih ala2 feveret, kan. tapi pulut keras ler plok doh. huhuhuhuhu... 
~~ 
dinner @ 530pm - wellllll... boley thn ler jugok tpi sbb da rse x sabo gler nk balik, aku mkn x mkn jer. heheheheheee... baru jer masuk spital coz of kurang mkn n x cukup minum air. da ari nier xde selera nk mkan da. cm ner gini nehhh???!!!! 
~~~~~
pe2 pun, mengkasey misi2 n doc @ kmc. 2 ari jaga aku. da ler papa xde nk tggu aku, kan!!! 
(mud :: "sedey ke?")

BfeS! SeLeRa aNgaTttt...

Nie jer, wokey! Ha5... Mne teh tarik aku nehh... Lmbt nye nk ngabeskan botol yg ke-3 nie. Huwaaa.... X sabo nk balik umoh sambung zz. Ahaksss...! Da upgrade sket da alas tray @kmc nie. Moga dpt tmbhkn selera pesakit ler tu, kannn....
lapor jgn cter ler. tapi x leh nk telan jugok! 

Thursday, April 25, 2013

AdMitd juGok!

X cukup air nye pasal, warded jugok akhir nye aku. Hrp2 lps btol yg ke-3, aku da boley kuor da. Sayam doc sue! Har555... Misi2 chomey kabo aku x yh mkn bubur da. So, diet mcm biase jer. Normal diet lar. 
Boley mkn pizzza dop?!

X cuKup aiR?¿

Pdhal air mineral sokmo2 doh kat tgn. (pgg jer. Bkn mnm erkk...) Jengggg!!! Pdn ngn muke. Bgus qsya sket jer mnm air masak bnyk2. Har55! Hope petang nie da leh kuor balik z kat umoh. Ppa plok ari nie baru 1st day training kat kl... Kne hndle sensrg ler jawab nye. Yg pasti, mjur ler bfren n gulfren ramai kat ktn. Sebut jer nk pe, ade jer yg mari ngntor. Har55!!! KMC oo KMC...
jarum panjang lagi xdop ke? eeiiiiii... ngeri seposen!
biase masuk spital sbb bersalin jer. nie pe cer lak gni nier??? huwaaaaa....

Saturday, April 20, 2013

JoM LakSa!

Kali nie outing without along n angh. So, boley ler lpk kat laksa shake. Ehemm! Ehemm! Asam laksa wit sardin... Ble last g cni, erkkk?!!
qsya snap...
santai2 lps tgk gi joe! lapo....
togeyyyy?! tipu jer ler... kompem papa punye. aku makan asam laksa jer. order ABC utk bdk2 kenit nier. aku jugok jadi mangsa perabih nye. ahakssss!!! tapi sedap wehhh...

'MeNamBaH' daPo

'lawatan tapak' mesra alam ke total kitchen
en elyas ari nier agak ramah melayan kami. da hulur agak nya. baru nk layan. har333...   

@d'osiSs

Bfes dis mrng... :))
sedak weiiii... first time jupe @ oassiss nier. agk nye mesti tokey baru nier stat antor ke cni, kan! 

C u sOoN deaR...

Gomna mz u!
sempat 'melawat' bff kami yg bakal berpindah bumbung ke negeri kelahiran. (nko lahir @n9 ke?). smtara lum pindah seratus persen nie, ader jugok ler dtg melawat parent n anakanda tersayang, rite. else, ssh ler nk jupe da lepas nier.
~~~
nway, gudluk dear prenz! 

@noRa aMaN2

Ketam! Makan ketam!
semangat masing2 kalu tme mkn ketam... aku tggu org tolong hulur isi jer. mmuuaahhhhh! tenkiu kerana memahami...

Thursday, April 18, 2013

LunCh tMeeeE...

Bpeluang jupe mia. Dtg lewat td dari kolej mtrikulasi. Ihikkk... Sonot dpt jupe mia. Lps nie nth ble lagi ler boley jupe plok nye. Lnch mewah @ zenith ari nie. Walau x brape best, belasah jugok ler...! Alhamdulillah...
windu mia...
mia muncul jugokkkkk...!
lepak makan ngn geng it point ler ari nier. geng sejahtera da penuh meja. ahakssss!!! tumpang sekaki kak... 
meveles. but dop best mne pung! kah555

No sWeeT!

satu2 nye program yang aku hadir hidangkan asam feverert aku nie. alahaaaaiiiii... bgus nye rase! 
mesti ima perabih kan nier... ahakssss! 

SPeseL!

Meja aku jer ade menu nie... Har55! Lju jer aku ngn sepul baham cz ngntuk ngt da. Aduyyaaaiiiii... Da ler kne tahan mate n tadah tinge sampai ke petang. Zzaaaasssss... Bnyk hal plok doh nk bncg ngn sepul nehh. 2 in 1 wokey. X sia2 dtg cni. Ramai jupe geng! Tq sejhtera 4 de invitation... Jgn lupe offer aku lagi pas nie erkkk! (selagi tdaye aku mari pnyeee!)...
feveret kan!

MiCroSofT pRoDuCt LauNCh

Klu da jupe, kan. G2 sokmo ler... Ima dijemput it point. Aku dijemput sejahtera comp. Jupe jgok kt zenith. Ramai lagi geng2 it yg dtg cni. Aku lpk ngn sepul paip. Looking 4 mia. Sampai sudoh x nmpok btg idung. Mesti ade hal tu gak nyeee... X pun masuk sesi ptg kottt! Ihikssss...
biru mata putih ku!
sajer jer nie utk tatapan geng2 watsup group...

Wednesday, April 17, 2013

aLFatiHah seGaLanYa... inSyaAllaH

MISTERI SURAH ALFATIHAH

AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepas-kan rasa sakit dalaman

AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan

AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA
~~~
Insya Allah

Monday, April 15, 2013

joM tMN GeLora!

masih bpakaian sekolah lagi... angah!

along!
eiman... mule2 wat muke boring jer sbb lum dapat feel lagi, kan! x sampai 5 minit, riuh rendah lak @ gerai grg pisang akak nier... 


bawak hero nie jenjalan mkan calong @ tmn gelora... lapor belaka rupe nye! ahakssss! 
   berapa lama da x pekena calong nier... ari nier bkesempatan bawak derang lepak @ tmn gelora. mkn calong, grg pisang nangka n air jagung! pergghhhhhh... cuace yg baek sgt utk pekena ais beb... glurppppp! alhamdulillahh

gedix gler! 

TaMBah km LaGi...

Lps anto fazwa blk asrama @ lepar, nganto plok si mulut becok dayah n ain ke bndo pkn. Asal nye, da selamat x perlu anto. Tp kete hok ngantor plok break dwn. Pe cer...? Kmi gak ler yg ngantor nye blk. Pe nk wat. Da jdi tngungjwb kmi ler tu, kan! Huhuhuuu... Nyempat lagi wat tnde mbuktikan kete aku sgt chomey stlh berada @ kl selama 5 ari... Ahaksss! Hahaatttttt...

Kdi nSi kaNdaR?¿

Uhhhh... Say NO to nasi kandar. Mujur abam mamak emsem tu nk wat megi grg utk aku. Licin. Lapo rupenye... Sblm grk blk phg, nyinggah ler dlu. Tgk ler kari ikan @ cni neh. Opssss! Kmpem x mkn nye aku klu cm gni... Huhuhuhuuu!
tahu kan kat mne nier? cheewahhhh... area nie jer aku tau...
sayam abam mamak tu... 
popular kata nyeeeee!!!