utk pengetahuan korang seme, tarikh 8hb mac acty tarikh yg agak istimewa g2... yer ler kan... hari wanita sedunia maaaa... btw, 8hb mac 2011 adalah sgt2 istimewa krn merupakan sambutan hari wanita sedunia yg ke 100 tahun. wow! banggeeeee gler... n tahun nie, hari wanita sedunia disambut dengan tema "equal rights, equal opportunities : progress for all"... ini ler tema utk tahun 2010. Wanita telah dimuliakan oleh Rasulullah sebanyak tiga kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali ke empat barulah kaum Adam. Wanita juga dimuliakan dengan kata-kata "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Selain itu, title syahid juga telah diberikan kepada ibu yang meninggal ketika bersalin. Tanpa wanita atau ibu, siapalah kita? Namun peranan bapa tidak diabaikan.... Dulu wanita sering ditindas dan menjadi mangsa keganasan. Dengan wujudnya Hari Wanita Sedunia, nasib wanita telah terbela kerana banyak perkara telah diketengahkan iaitu untuk mengecapi keamanan, keselamatan, kemajuan tamadun, memartabatkan hak asasi manusia dan asas-asas kebebasan, kita memerlukan penglibatan yang aktif dari kaum wanita. Oleh itu kaum wanita perlu diberi layanan yang adil dan saksama kerana kemajuan wanita melambangkan kemajuan sesuatu bangsa. Selain itu, untuk memperakui dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam mengukuhkan keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat. Bagi tahun 2011 Hari Wanita Sedunia bertemakan "Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi : Laluan kerjaya terupuji untuk wanita". Walau di mana jua kita berada, selagi kita bergelar wanita, hari ini adalah hari untuk kita. ( bagus nye klu balik kerja nti dapat sejambak bunge dari somi tersayang, kan? ihikksss... plzzzzzzzz )...