Saturday, June 20, 2009

kerDiL nYa akU rAsA...

titipan dari emel seorang rakan lama. byk panduan berguna nier...


Untuk mendidik anak-anak dengan cara penampilan yang baik, ada beberapa perkara yang harus diamalkan:

1) Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.

2) Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.

3) Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.

4) Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

5) Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.

6) Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.
7) Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.

8.) Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.

9) Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.

10) Jangan biasakan anak tidur tertiarap.

11) Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan. 12) Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.

13) Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.

14) Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.

15) Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap.

16) Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.

17) Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.

18.) Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya. 19) Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.

20) Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.

21) Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.

22) Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.