Tuesday, July 9, 2019

gaDGet vS anAK

Bagaimana Nak Disiplinkan Anak ketika Menggunakan Gadget?

Sepanjang saya bekerja sebagai optometris, saya telah jumpa ramai kanak-kanak yang menghidapi masalah penglihatan dan dari info yang saya dapat melalui ibu bapa mereka, anak-anak ini terlalu obses dengan gadget.

Atas kesedaran bersama, di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam usaha mendisiplinkan anak menggunakan gadget.

1) Tetapkan had masa dan pastikan anda sebagai ibu atau bapa patuhinya. Contohnya, anak hanya dibenarkan menggunakan gadget setengah jam di waktu pagi dan setengah jam lagi di waktu malam.

2) Tunjukkan teladan. Sebagai ibu bapa, anda yang patut mulakan dahulu! Letak tepi semua handphone dan gadget ketika bersama dengan anak-anak terutamanya selepas pulang dari kerja. Waktu ini adalah bonding time terbaik anda bersama mereka.

3) Tutup TV jika tak menonton. Skrin TV juga ada cahaya biru seperti skrin telefon yang boleh merosakkan mata.

4) Banyakkan aktiviti lain seperti main di luar rumah, membaca buku, main blok dsb. Bermain juga akan membantu meningkatkan motor skill anak-anak.

5) Jadilah pemerhati dan pendengar yang baik. Banyakkan berinteraksi dengan anak-anak.

6) Tetapkan 'Screen-Free time' dan fahamkan kepada anak-anak. Contohnya tidak dibenarkan memegang telefon semasa makan, sebelum tidur dsb.

7) Ibu bapa perlu belajar tentang jenis, kandungan dan kualiti media. Wajib tapis rancangan apa yang anak boleh tengok dan tak boleh tengok (untuk anak 2 tahun ke atas).

Saya faham, di zaman segalanya di hujung jari ni, agak sukar untuk mengawal anak-anak daripada menggunakan gadget. Cubalah usahakan sesuatu supaya kita tak menyesal nanti. Tapi kalau anak anda sudah didiagnos menghidap rabun dan perlukan cermin mata, jangan pulak tak pakai ya! 😉