*Wujudkan Rasa Hati Membantu Insan Lain*
Setiap manusia akan pasti ada saat kesusahan masing2. Namun apakah formula untuk kita mudah terlepas dari kesusahan hidup?
Perbanyakkanlah permudahkan urusan insan lain. Mungkin kita tidak sedar, apabila kita menolong orang yg susah, ada di kalangan mereka ini mengalirkan air mata serta mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk kita. Doa mereka yg ikhlas ini sangatlah mustajab. Walaupun mereka tidak mampu balas kebaikan kita dgn wang @ harta, hakikatnya mereka berbesar hati untuk beri sesuatu pada kita jika mereka senang, tetapi DOA mereka itu lebih berharga dan lebih bermakna.
Justeru wujudkanlah rasa hati untuk membantu insan lain samada kita kenal atau tidak kerana setiap muslim itu automatik ada satu ikatan ukhwah disebabkan taqwa.
Semoga kita sentiasa berusaha utk memperbaiki diri dan menjadikan hari2 ini dan hari2 mendatang lebih baik dari yg sebelumnya.
Semoga bermanfaat..