Sunday, March 5, 2017

dUNia tMpt meNiNgGaL

DUNIA TEMPAT MENINGGAL, BUKAN TEMPAT TINGGAL

Ada sekali tu ana pergi kedai kurma di Kota Madinah...

Tiba-tiba bapak dari Indonesia salah seorang pekerja di kedai kurma tersebut beri nasihat/targhib pada ana.....

"Dunia kita kumpul untuk di tinggalkan....tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk di datangi kerana kita akan pulang ke sana...

Bila kita kumpul dunia banyak-banyak, hati akan jadi berat nak tinggalkan dunia..sebab CINTA DUNIA dah kuat

Bila nampak harta benda yang kita dah kumpul...tu yang takut dan terasa berat nak mati...

Tapi bila menambah bekal akhirat banyak-banyak, tak sabar nak balik akhirat sebab harta dah hantar banyak-banyak ke sana..

Tu yang mati tersenyum gembira..rasa senang nak mati

Macam kami ni kerja di Saudi tapi wang di hantar ke Indonesia..

Rasa tak sabar nak pulang ke Indonesia kerana wang telah di hantar ke sana dan telah di bina rumah di sana..

Begitulah Akhirat...kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana..

Mahligai pun telah tersedia..rasa tak sabar nak balik Akhirat..."

Begitu nasihat dari bapak Indonesia pekerja kedai kurma..

Kerana ana kuat sangat fikir Dunia, maka Allah hantar orang kedai kurma sekolahkan ana sedikit, bagi sedikit peringatan dan tazkirah......

Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...

Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal......

Terima Kasih Allah...bagi kami Peringatan.